Sunday, March 21, 2010

melangkah pergi untuk seketika~

melangkah pergi..
hanya seketika..
tak lama..
sekejap je..


p/s: mohon maaf lame x update.. :)


----------------------------------------------------------------------------

sebelom melangkah pergi..
sebelom terlupa..


SELAMAT PENGANTIN BARU buat abang sulung aku.. syahir..
juga SELAMAT PENGANTIN BARU buat kak ipar ku.. kak farah.. hehe~

semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.. amin~


sayang kamu,
chah

Tuesday, March 9, 2010

sarang serangga-serangga

serangga apakah engkau..
bersarang dan bermadu..
di dalam tiang besi..
sudah berabad engkau disini..

lama aku lihat..
bersarang kamu di situ..
pasti ada ratu mu..
bagaimana rupa nya..

aku juga serangga..
di dalam belantara dunia..
bertopengkan manusia..
rakus serta durja..

mergastua dan serangga-serangga..
yang datang ke sini..
terperangkap pada jaring..
yang kami tenun bersama


-jamak-

(al-fatihah buat penulis a.k.a ayah ki)



p/s: ini nukilan tinggalan arwah yg ke-2.. yg pertama, boleh klik sini. ade beberapa line lagi tulisan ni yang aku tak dapat baca.. so, ianya tergantung. tulisan ni may be susah untuk di fahami bagi siapa yang tak kenal arwah dan tak tahu kisah arwah.. penuh dengan maksud yang tersirat... bila aku baca tulisan ini, aku tahu ianya sbhagian daripada cerita hidup nya.. aku tahu, ada yang memahami nya..

kisah arwah? mungkin lain kali. tidak sekarang.. ;)
al-fatihah.

Monday, March 8, 2010

terdayakah untuk terus berlari..?

lari.
dapat apa kalau lari.?
penat.
bile penat..?
tido.
kalau tido..?
lupa semua..

ingin lari!
sejauh mungkin
tanpa menoleh
tanpa berpaling
biar penat
biar tido
tanpa mimpi
biar lupa rasa ini
cerita ini
kisah ini

setelah bangkit dari tido
akan terus lenyap kah itu semua..?

teruskan berlari.
sampai penat.
dan kembali tido.

tapi..
terdaya kah untuk terus berlari.?


p/s: hanya contengan mengisi kebosanan~

Saturday, March 6, 2010

jangan risau. saya tidak koma~

kesihatan kembali stabil secara perlahan lahan. suara dah kembali. Alhamdulillah.. tiada lagi suara seperti boleh dikatakan macam dapat menggantikan tempat amuk. amuk..? cam tak de orang lain. hahah. tidak kelakar.

semalam adalah yg paling teruk or boleh dipanggil kemuncak segala demam. dalam tidak sehat pun boleh lagi pegi ke MECC, KL pada pagi khamis, sebelum subuh oke.. ini cari penyakit nama nya. eh bukan. penyakit memang dah ade. ini adalah dalam kategori tambah penyakit. sampai ke campus balik dari KL pukul 9.30 mlm khamis. bukan pergi berpoya-poya ya kawan2. aku pegi untuk program outreach MITI-MATRADE bersama pelajar-pelajar institusi tinggi. dengar ceramah dan lawatan sambil belajar. heh~

penat tok sah kate. bile sampai je, badan lemah semacam. balik mandi dan terus pengsan sampai pagi. bangun pagi, ingin bersuara.. tapi bukan bunyi suara biasa yang keluar. tekak rase perit. kepala tak bole angkat. maka terlantar lah sorang diri di katil. jangan risau. saya tidak koma. sangat tidak larat. masa tu lah baru tingat ubat, baru tingat klinik. sebelom ni..? hampehh. jeling panadol pun tak nak.. ouh..
aku tak suka ubat.. heheh. bukan takut. tapi tak suka oke.. aku akan makan ubat bila dalam keadaan yang sangat mendesak. vitamin takpe. aku layan. hehe.

terima kasih buat ciririe and cininie..( alololo~ nama nak comell aje. demn!!) sebab cininie buat air kembang semangkuk untuk tekak i dan mengajak i pegi klinik..(tp i sungguh tak larat untuk ke klinik..) eceh.. and ciririe lak tolong anta air ke bilik i.. bikin surprise!! bawak air, bawak ubat, bawak roti.. takut i tak makan ea kak..? haha. i sungguh terharu sampai mau nangis. tapi tak nangis takut nanti mata i jadi bengkak cam kung fu panda. ahaks. so sweet lah kamu 2 orang.. alololo~ cayang2 bucuk2.. oh damn!!! aku dapat rasa ciririe and cininie akan cakap, "oh damn!!! jebon tul nate beghuk nih.. geli tekak aku wei chah!! main cayang2 bucuk2 bagai!! damn3x!!!"

thanx a lot ya kawan~


terima kasih juga buat yang lain2.. kawan yang suruh i mkn ubat, tp sgt liat untuk mkn.. yang slalu pesan minum air banyak2. ber gelen2 dah ku minum. hehe. yang slalu pesan jangan skip makan. oke. selera ketika sakit sangat besar oke.. hehe.

buat cik sue, bakal pharmacist (insyaAllah) yang tak abis2 menasihati si bakal chemist ini (insyaAllah) supaya gi ke klinik, lagak seperti seorang doctor.. thanx a lot ya kawan.. tapi i tak sempat nak gi klinik. sila percaya dengan alasan ini.. haha~

juga buat pojan, yang beli kan ubat yang sangat banyak untuk aku.. bnyak la kan, klo ade 4 papan ubat sakit tekak bserta satu papan panadol.. ahaks. ubat kemam untuk sakit tekak tu sedap wehh.. haha.. thnx ya kawan.. ;)

p/s: maaf laa ye.. kejap guna i, kejap guna aku.. heheh~

Wednesday, March 3, 2010

disebalik senyuman itu~


Sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya
bercerita.
Ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan,
Kerana dia juga seorang
manusia,
Dia juga ada rasa takut,
ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelamahan dan
Dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia
ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya
dia tak setabah yang kita
sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan,
Disebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
Kita tidak tahu…tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
Mungkin kita akan tahu...



p/s: ini bukan nukilan aku ye kawan.. lupa amik kt mana.. dah lame tersimpan lam folder.. tajuk pn aku letak sndiri.. hurmm~

p/s/s: keadaan kesihatan tidak stabil..