Tuesday, April 27, 2010

rindu terubat..

aku dah sampai umah. alhamdulillah. selamat sampai..
tepat jam 4.59 pagi aku turun dari bas.
5.03 pagi aku dah masuk rumah..
rindu gile nak balik umah.rindu bilik kecik aku..


tinggal kan bilik besar berkatil empat itu di sana. hanya sementara. yang pasti aku takkan rindu bilik ini. akan sebenar nya. banyak kenangan. bilik ni banyak saksikan air mata dan ketawa aku. tempat aku jadi 'panda'. heh


bilik kecik ku.. jangan masuk!!


rindu terubat. sumpah. sambung tido macam dah takkan ade malam. yang pasti katak juling tetap ku bawa pulang. heh

bangun tido je. semua orang tak de. aku sorang2 je kat umah.. haihh..tak jumpa lagi mama n adik2. ayah dah aku jumpa lepas turun bas pagi tadi. ye arr.. dah ayah yang ambik aku kat hujung simpang sana. heh. zubir (abang aku) pagi2 lagi dah jenguk bilik aku dengan berkata.. "ehhh.. chah da balik la.."
"aku nak tdo la bengong. blah la ko.." hanya lam hati sambil celik sebelah mata.. malas mau layan. heh...

sekian.

p/s: entri bodo2 saja. jangan layan.

p/s/s: yang pasti lagi. aku lapar.

Thursday, April 22, 2010

the heart of life~

"The Heart Of Life"



I hate to see you cry
Lying there in that position
There's things you need to hear
So turn off your tears
And listen

Pain throws your heart to the ground
Love turns the whole thing around
No it won't all go the way it should
But I know the heart of life is good

You know, it's nothing new
Bad news never had good timing
Then, circle of your friends
Will defend the silver lining

Pain throws your heart to the ground
Love turns the whole thing around
No it won't all go the way it should
But I know the heart of life is good

Pain throws your heart to the ground
Love turns the whole thing around
Fear is a friend who's misunderstood
But I know the heart of life is good
I know it's good

p/s: wa jarang layan lagu. tapi lagu ni wa layan. walopun lagu ni da lame. tapi wa tetap layan.. i heart u, john mayer~ =P

p/s/s: wish me luck ntuk paper organic spectroscopy esok..

Wednesday, April 21, 2010

serabott~

aku bangun pukul 4 pagi untuk ngadap subjek
yang bakal aku ngadap dalam dewan exam kul 9 pagi ni..

testing & calibration method..

tapi kepala aku serabot..


sekian, terima kasih..


p/s: takkan pergi. perasaan tertahan dari semalam. terasa mau lepas semua lepas abis paper..

Thursday, April 15, 2010

dalam sedar dan tidak sedar

post kali ni disertakan dengan gambar. cerita bergambar oke.. sila layan dengan gumbira dan sabar.. tak mo sabar pun takpe. =)
ouh.. klik pada gamba untuk tumbesaran. cam biasa lah ye..

14.04.2010

ape aku buat?

aku bangun tido tengok ada 1 msg dan 5 miskol. maaf kawan2.. aku tido. hp aku silent. eheh~
sms dari haziq tanye "nak g sarapan x?" aku bace msg pun da tgh hari.. da tak de makna nya nk sarap. sori ya aku tak menjoinkan diri gi bfast ngn korang.

1 miskol achak + 4 miskol dari nik.. eheh.. mohon maaf.. hp aku silent. then, dapat tawaran ntuk gi mandi manda di BEKELAH sambil study. dengan muka tak basuh, aku ngan syamim angguk aje depan henpon.. tapi tema nya study! kesedaran itu penting.. tak de niat nak mandi or berendam ke ape..

dengan plan antara dalam sedar dan tidak sedar...

maka dengan tema ini..

(kata2 ni tertampal kat softboard bilik aku. bagi manusia tak sedar diri cam aku)


dengan tema kat atas.. bergerak lah 9 manusia naik 2 kete ke hutan lipur bekelah.. aku sebagai co-pilot duk sebelah ben. heh~ (saje amik gmba kt side mirror nak tunjuk aku duk depan dekat ngan air-cond)

bagi semangat kat ben nak bawak kete kat jalan penuh berliku.. tak pe ben, nak gi 'study' kat tempat best nye pasal.. jalan penuh berliku dan lobang2 pun sanggup kita redah. tak pe ben. kete ko takkan calar.. dekat setengah jam gak nk sampai..

lepas setengah jam, setengah jam lagi untuk kitorang redah hutan. cam jungle trekking dah. cuma beza nya, kitorang pakai selipar jamban, bawak buku dan takde makanan.

hutan belantara sanggup ku redah untuk satu keindahan, ketenangan, dan kepuasan..

dan inilah yang kita cari.. terbentang depan mata. satu kepuasan bila dah nampak ni sumua setelah beratus-ratus titik peluh keluar..

amik tempat ye kawan2.. amik tempat. bukak buku. bukan kah tema kita "study".. bukannya berendam.. sedar diri. sedar diri..

tak de makanan. aku bawak air je. nik bawak biskut. dah laa lapar tahap bertahap tahap.. memang tak plan nak picnic pun.. haihh. perut kosong oke.

tapi aku geram. geram nak berendam. maka tenggelam lah separuh badan. ikan-ikan pun seronok je duk wat treatment kat kaki aku.. geli oke. geli tapi best. eheh.
dah laa datang selai sepinggang. baju spare tak bawak. ade hati nak berendam.

diorang ni lagi lah.. berendam tak hengat. aku tak paham kenapa goggles diperlukan..

oke. study dengan serius. thumbs up!! ikut tema tu beb.. gile skema.. tapi sempat jeling camera.

dan ini pun.. discussion lam air.. buku organic spec aku da sampai ke air terjun bekelah. ko ade? eheh..


lepas discuss sume.. it's time to show off da skill bebeh!! (aku doakan ko selamat achak..)

oraittt.. terbang melayang lah kamu ke dalam air..

jangan ko cuba terjun dari atas sana. tak ke final nanti plak kang!!

study sudah. discus sudah. berendam sudah. terjun sudah. balik arr jom.. sekali lagi kena redah hutan sambil mengeringkan pakaian di badan.

berenti solat asar kat matrik pahang. tapi sempat lagi diorang layan tido. aku tak paham ape yang diorang penatkan sangat. eheh. cakap orang lak. aku pun same. naik kete terus gol kot. =P
(manusia paling kiri tu lupa bawak seluar. padan muka dia!!)


layan buku dan nota di BEKELAH amat menseronok kan.. walaupun tak de lah banyak sangat bace nya.. tapi dengan angin nya yang sangat best, dengan package air yang sejuk dan jernih.. gile tenang. sangat tenang oke. tak de lah serabut sangat otak..

nak tau berkesan ke tak study tempat cam ni.. try arr buat.. eheh~

itu sahaja. entri tamat~

Tuesday, April 13, 2010

susah nak duga

hidup ini susah kita nak duga.
sama juga hati manusia.
kadang kala kita rasa dekat dengan seseorang tu.
tapi sebenar nya kita jauh dari nya.
walopun kita dapat genggam tangan dia,
belom tentu kita dapat selami isi hati dia.
mungkin kita boleh buat dia tersenyum.
kita buat dia ketawa..
tapi kita tak tau makna sebenar senyumannya, ketawanya..
bila dia kecewa, bila dia menangis,
kita sangka kita dapat tenangkan nya,
memberi senyuman padanya,
sentiasa disisinya..
walhal kehadiran kita langsung tak disenangi..
hati manusia.. susah nak di duga..
hanya empunya diri yang tau..
apa yang ada dalam hati nya..

p/s: buat kamu. ku sentiasa di belakang kamu.. aku bukan kawan bila senang.. bukan kawan bila perlu. dan kamu juga bkn kawan bila perlu..

Monday, April 12, 2010

dia datang lagi~

dia dah datang. eh bukan. on the way.. dah nak sampai dah.. sape? final exam..
study week da start. orang lain da lame start study.. aku..? eheh~ jangan tanye lah. sensitip..

hari ini....
baru sedar.. 2 subjek ini menseramkan hati.. organic spectroscopy, inorganic chemistry II.. ada 1 lagi.. testing n calibration..

aku menyampah baca ni.. bosan. masih tak paham kenapa subjek ini termasuk dalam final exam.. mensusahkan je..

dan akhir nya.. aku ngadap ini..
(abai kan hiasan skrin lappy yg sdikit kanak2.. heh~)


dan ini... (masih belom sedar diri nampak nya..)


ditemani si katak juling sambil memegang barang wajib. huahh.. katak juling ini sewangi acuan bahan kimia itu.. bhahahah~

keadaan sebenar. jangan persoalkan kekemasan ruang ini.. ini baru permulaan. hari2 seterus nya? susah nak di bayangkan..


sebelom entri tamat..
nah.. buat kamu semua..
tulisan dan lukisan ibu jari kaki.. heh~

pantai teluk cempedak, kuantan
ahad - 11.04.2010, 1.32 pagi..
saat dalam hati bosan, penat dan bingung..

Saturday, April 10, 2010

penat sudah

sudah lari
sejauh mungkin
sejauh yang boleh
tapi ada yg seperti mengejar
ada yg seperti menghampiri
malah sperti turut sama berlari

apa lagi...?
terus berlari?
sudah lah.. penat sudah berlari
sudah tidak terdaya..
tidak mampu

berjalan?
itu sebaik nya..
jom lah berjalan bersama

tanpa perasaan
aku, aku..
dan kamu, kamu...


p/s: sekadar contengan di kala bosan.. =D

Friday, April 2, 2010

hati itu - jangan penat bersabar...

hati itu..
hati itu dah tak kuat..
hati itu dah tak mampu..
hati itu seperti putus asa..
fed up kata nya...

sabar ya hati itu..
sabar.. jangan penat bersabar..
ini ujian.. jangan penat berdoa..
aku tau.. Dia tau.. kamu mampu..
Dia takkan uji kamu melebihi kemampuan kamu..

sabar ya..
tabah kan hati..
kuat kan iman...
teman ini akan sentiasa berdoa buat hati itu..

kamu ingat ini kan..

"walaupun ini semua cabaran
dan dugaan dari illahi
tak akan ku putus asa ku
dan tetap aku berdiri selama ini"


ini kata2 kamu kan.. jangan putus asa ya hati itu..

dan kamu ingat ini kan...
kita bertanya.. al-Quran telah pn menjawab..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB :
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).'

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

tenang kan lah rasa hati kamu...

-chah-