Thursday, June 24, 2010

entri 20sen untuk senol

lagi. dari senol. tapi bukan dia nak bagi pun sebenar nya. aku yang ngada2 gi mintak. hahaha. tu lah. sape suruh tak state nama aku. kan aku dah gi wat muka tak malu gi mintak kat ko. haha. aku ngan ain je dapat award cam ni. senol siap edit2 letak gamba. cewahh. mmg perli habis. haha. terima kasih husnul fatimah!!!



heh. entri ni pun bukan nk cakap pasal award yg senol bagi. tapi nak merepek pasal senol. ye2 je dia komen aku muka seposen lah ape lah. ye ea senol?? aku cam tu eh?? haha. ni yang senol komen pasal aku.

"Amboi Chah. suke no kau dapat award. amek amek. aku bagi semua orang. haha. Okay cerita pasal Chah lah kan. dia ni cool je. mungkinkah ini orang cool yang Ajim nak? Oh. kita akan siasat nanti. Dia Asal dari Kelantan. korang kalau tengok dia sempoi je. muka seposen pun boleh gak :P
Aku nak gak dapat keseposenan dari Chah ni. Aku rasa itu yang buat aku susun atur ayat aku baik baik kalau nak borak dengan Chah. yelah. tak rasa macam bongek ke cakap panjang panjang tapi respon seposen? Satu je Aku berkenan hok gambo ni. Ang tengok la. Cantik nya gigi dia. Manis betul dia senyum. Mat rempit tengok boleh ter accident nih."

hoho terima kasih ye senol cakap aku cooool. walopun kadang2 aku rasa aku tak de lah cool sangat kan. tapi memang nampak cool pun kan. kan. tapi ko lagi cool lagi aku bebeh. tapi nape mesti ada nama Ajim?? banyak tapi nih. haha. pas tu cakap aku sempoi. tapi ko lagi sempoi dari aku. tapi kan.. ish tapi lagi.. muka aku seposen ek?? haha. padan muka ko kalau ko penah rasa cam bongek cakap ngan aku panjang2 sampai dua ringgit tapi aku bagi balik seposen je. hahaha. mintak maaf. mintak maaf. pas tu kan senol, gigi aku memang cantik pun.. hahaha. sebab tu aku suka sengih. sape suruh ko puji gigi aku cantik? kan aku da perasan.. heh.

ni haa aku up lagi dari seposen ke dua posen sebab sape2 dapat benda ni kena cakap 5 interesting facts pasal orang yang bagi kan.. so, meh sini aku cakap pasal ko. hahaha. kalo terlebih, mintak maap..

- nama dia husnul fatimah. masa manifesto pilihanraya mpp dulu. dia sebut nama dia 3 kali. "nama diberi husnul fatimah husrin. husnul fatimah husrin. husnul fatimah husrin!!" cam tu ah lebey kurang. sebab tu aku ingat nama dia. walaupun da 4 sem sekelas ngan ko. tapi yang tu aku paling ingat. haha

-dia ni orang selangor. duk sungai buloh. see.. walaupun aku wat seposen je ngan ko. tapi aku tau ko duk area mane. haha

-pas tu dia ni ade satu cara jalan yang boleh buat aku teka tu dia. eh. tak payah teka. tu memang senol. memang cam ah tu dia walopun ko jauhhh tertinggal belakang dia. pakai lah baju ape pun. aku memang cam tu ko. hahaha

-pas tu mata dia bulat dan cantik. eceh.. eh. betol kan mata ko bulat? haha. bulu mata panjang dan stret. ni skali dia kenyit mata je, semua bole caiirrr.. hahaha. sampai bulu mata aku selidik ko.

-satu lagi, ape ek..ouh. dia amat lah gembira dan seronok dan segala macam lagi yg menggambarkan dia tu suka sgt2 bile tau tabung nuffnang dia naik 50 sen. hahaha. kemain suka nya... ahaha. btol kan. kan.

dah2. tu saje. kang kalo cakap lebih, ade lak yang nak kena sepuk nih. hahaha.. ape2 pun. thnx a lot ya senol..

Wednesday, June 23, 2010

teringat..

ini bukan cite pasal award. hahah..

tapi malam ini aku mau letak award yang da lame aku dapat. eheh. maaf ye kawan. baru berkesempatan nak letak. eceh. ini tipu. hahah. ape2 pun thanx a lot.




ada 2 orang kawan baik yang baik hati bagi award nih. kawan dari form 1 sampai form 5. ouh. saya-sangat-rindu-sama-kamu.. aku tak mo cakap pasal award. tapi nak cakap pasal kawan aku yg dua orang nih. heh.

baby a.k.a edu.. yang panggil aku dengan nama kak chik. huuuu.. kak chik rindu sama baby. nak chitchat2 pasal novels, pasal orang tu, orang ni, hati ke hati.. waahhh.. bile mau jumpa nih??

sorang lagi cik Etty.. ni lagi lah. makcik nih memang lah rapat sangat3x. sekelas ngan etty sejak mrsm jeli lagi.. form 1.. pindah mrsm masa form 2 pun. still sekelas ngan etty.. kalo tak sekelas, kami akan sebilik. heh. sangat2x-rindu-zaman-itu.. kalau sekelas. kami duk sebelah2. dulu duk depan meja cikgu. senang cikgu nak ketuk kalo ngantuk eheh. kalo dalam kelas, bila aku ngantuk, dia yang tido. kalau dy ngantuk, aku yang tido.. senget.


hhhmmm.. tingat zaman aktif ngan PUM. tingat zaman kena denda ngan cikgu nik rohimah. tingat kisah bile nyorok lam loker, tak mau gi riadah nye pasal. tingat dulu tengah2 malam kita call radio 4 (waktu tu lah).. speaking habiss request lagu. pas tu dengar cikgu nurul jerit dari dapur umah warden. bilik betol2 depan public fon.

"aisyah!!!! ko buat ape tu kat public fon??? masuk tido!!!"

tingat kita main hantu2 dua malam berturut-turut nak kenakan budak laki yang tengah skodeng blok asrama puteri time tu. last2 hantu plak yang kena kan kita. haha. padan muka kita.
ishhh.. rindu kat budak yang jadi hantu tu. hhhmmm..

banyak lagi yang tingat. tapi malas dah nak taip. tapi memang tengah tingat semua benda yang jadi kat maktab dulu lah. eheh. gaduh lam kelapa sawit belakang maktab?? ingat2x?? hahah

aihhh.. kat atas letak award. tapi citenye lain. layan je lah.

eheh. dah lah. sampai sini saja kisah teringat. sehingga berjumpa di lain entri.

Tuesday, June 22, 2010

need it now.. heh~




All that I need now


Is for the rain to fall from the sky


To wash away my pain inside


and


the rain will fall




p/s: eh2. pe nih? hhmmm



Saturday, June 19, 2010

bunuh



aku rebah kan semua tangguhku..

aku lepas kan perlahan..

dan kini aku mengerti semua nyaa...



p/s: ni bukan pasal bunuh. pasal bunuh kt bwh nih.

-----------------------------------------------------------------------------


eh2.. ini kejadian tadi (tiada kaitan dgn yg di atas) . ada orang nak bunuh aku. hahah

syamim: chah nak kena bunuh.?? meh sini nak bunuh.. pisau dah kt tangan dah ni.

kak de: bunuh je lah. nak tengok.

aku redha je nak kena bunuh.. bunuh lah. hahahaaa.. kalau tak bgn esok pagi. sila cari syamim ngn kakde.

Friday, June 18, 2010

ape-ape lah

salam..

ape ye mau merepek hari ni? rasa cam da lame giler tak merepek meraban panjang2 kat blog nih. heh. bosan. melalui hari2 yang membosan kan di bumi UMtettt.. bosan memang bosan. sampai hari2 mau keluar. tak kisah lah hantar kawan or amik kawan kt terminal ke. gi makan mee kari cendawan kat traffic light depan tu je ke.. gi seven eleven ke.. tak pe. asal boleh keluar.
hari ni masuk 4 hari balik ke UMteettt nih lepas 4 hari duk teerguling tergolek kat rumah. eceh. ikut mama gi kenduri. jumpa kawan2 kt kenduri. semua nya dalam 4 hari yg lepas lah. hilang sket bebanan kat kepala.

tapi semalam. dapat lak berita mereka2 kat rumah nak wat family gathering secara kecil kecilan dan ber BBQ di sudara beach resort hari ni. cehhh. time2 aku tak de kat umah laa baru nak wat. nyampah. rasa cam malam tadi mau terus amik tiket balik umah dengan sehelai sepinggang. tapi nak dapat kan tiket bas last minit memang payah. kalo bas kul 1 pagi konfem ade. tapi lambat sangat lah plak. bukan ape. rasa mau menjoin kan diri jugak lah kan. bukan selalu family sebelah mama, pakcik makcik sepupu2 nak berkumpul cam nih. amat susah.

kalo sebelah ayah, tak kisah sangat. sebab tiap2 tahun ade family gathering secara besar-besaran pada setiap hari raya ke-2. time tu memang mcm kenduri. sebab dah nama pun PERSATUAN KELUARGA OMAR SAADIAH kan.. memang konfem ah ramai gile dan ayah plak selaku menteri kewangan dalam family, so tiap2 tahun kami mesti ada.. family mama kecik saja. so, cuti2 macam ni lah baru ade bbq ke ape.. ishh. sangat jeles sebab tak boleh balik.. hhmmm..

di sebabkan bosan tak tau nak wat ape. malam tadi kami keluar lagi. saje mau meng enjoy kan diri. tak mau pikir2 pasal balik ke.. pasal hati yang makin bengong tak paham tuan punya hati ke.. malas2. malas mau pikir. so, kita enjoy bersama rakan2 perempuan yang lain. bila bersuka ria gelak2 ngan kawan2. lupa seketika tentang hal2 yang membeban kan hati dan otak. itu cara terbaik. jangan duk sorang2. bergembira lah bersama rakan2. cara satu lagi adalah tido. tido. dan tido.


wokeyy.. amat panjang kali ni. tak kisah lah ada yang baca ke tak kan.. malam tadi gi tengok muvie.. TOY STORY 3. thumbs up bebeh. satu hall ade kami 5 orang dan juga 1 family yg ahli nya 4 orang. ouhh.. sangat heaven. gelak sakan. boleh buat bisinng. macam tengok muvie kt rumah. eheh. tapi sebelom tu kami bergambar stok2 syok sendiri macam tempat itu kami yang punyaaa!! yaa.. memang kamu yang punya!!


sebelom tu lagi.. konon2 nya masuk tanya tempat karok kat teruntum bape hinggit kalo nak masuk karok? amik ko abg hensem tu cakap rm30 kalo bilik kecik sebab time ni peak hour. wahh.. tempat karok pun ade peak hour. orang kuantan ni memang suka karok ea.. haha. kami tanye je. bukan nak masuk pun. pekerja2 kat situ sume hensem2. eceh. sempat lagi.

heh. ape lagi? ape lagi mau citer nih.. ouh. toy story 3 best!! pegi lah tengok sape2 yg tak tengok lagi. biasa nya kalo midnite muvie, aku bantai tido je tengah2 citer. heh. rugi duit tiket. tapi kali ni aku tak tido oke. sebab best lah. itu aku yang cakap. kalo korang rasa tak best. tak kisah lah. sebab aku cakap best. tu je.

lagi.. lagi.. ouh haaa. ni haa.. hari ni aku bangun pagi2 walaupun tak pagi sangat. dengar2 result UPU kelua hari ni. terus tingat adik aku. oyeah.. kol mama tanya hud dapat mane2 tak..oraitt bebeh. hud dapat UPSI. kalo dah nama nya UPSI. sah2 ko kua jadi cikgu kan. haha. ade gak jadi cikgu sorang dalam adik bradik aku. nak harap aku yg jadi cikgu. hammpehh.. takde rezki.. maka akan jadi lah kakak mu ini seorang chemist yang banyak bebel. haha.


ni hud. adik aku yang bajet hensem lagi bergaya. cehh.


ni lak kazen ku abg 'jehan' a.k.a hassanudin yg mmg hensem lg bergaya. (saje bodek sbb bnyk duet dy nih.. haha)

lagi lagii.. abg 'jehan'. walopun dia adik dari aku, saje menggedik panggil abg. hah. sepupu ku yang hensem lagi bergaya yang sekarang ni ade kat melaka. ntah menang ntah tak duk main lumba2 basikal kat SUKMA sana.. juga dapat UPSI. oyeahh.. dah 2 orang cikgu. cikgu sukan. memang kena ngan jiwa dia.

sorang lagi.. Lily.. kazen sbelah ayah. juga dapat cikgu. haihh. sume nak jadi cikgu. UPM. dah 3 orang dah cikgu. tahniah ya semua. tahniah. tahniah. dan tahniah di ucap kan. eceh. heheh.

panjang betol kali nih. oke. kami mau kelua lagi hari ni. sebab bosan. stok makanan kat bilik pun da tak de. makan kat lua lagi malam nih. semalam dah pekena chicken chop. hari ni?? pizza? ilyana kakde nak makan eskem kat pizza. so, jom je arr.. kalo dah nak makan, jangan tangguh2. nanti nyesal. heh. lepas pizza?? mee kari cendawan terbaiikk dari ladang kat traffic light simpang 4 jalan gambang-KL.. fuuhhh.. i like.. hehe

dah. itu saje. babaii.. sehingga jumpa lagi bila aku bermood untuk taip merepek panjang2. heh.

Thursday, June 17, 2010

doa dari jauh...





semoga Tuhan melingkupi kamu dengan kasih-Nya yang putih..






p/s: ini saja yg mampu..

Saturday, June 12, 2010

semua nya pasal kawen

salam..

hari ni saya mau bebel panjang. tak panjang pun. pendek je. eceh. SAYA. mood agak baik walopun masih tak berapa nak baik.

hari ni.. di sebabkan saya tak mau kebosanan. kesunyian (ceitt). melayan pikiran2 yang tak patut saya pikir, lalu saya buat keputusan untuk ikut mama saya ke kenduri. 5 tempat ok hari ni. so, tak de lah saya duk sorang2 membuang waktu di bilik terguling tergolek sendiri.

rumah pertama. rumah kawan mama saya dan juga pengantinnya adalah kawan saya semasa sekolah rendah. kawan gaduh2 masa sekolah dulu, dia ni la. haha. eh. kawan saya dah kawen!! masih belaja ye kawan2.. dua2 masih blaja. kawan saya ni lelaki plak tu. jarang dengar lelaki kawen awal. kalau perempuan yg kawen awal, standard la kan.. eh. 22 tahun, kira sangat awal lah untuk lelaki kan.. semua nya jodoh. kalau dah sampai seru, kawen lah. tak kira cepat lambat kan. semuanya hanya Dia yg tau.

bila dah nama nya pun majlis kawan, mesti lah ramai lagi kawan2 yg ade kan. jumpa kawan2 lagi. dan tak lupa. mesti lah jumpa cikgu2.. haha. cikgu2 plak.. semua nya kawan2 mama saya. maka ramai lah yang datang mengusik.

cikgu yg saya syg :chah, amacam?? gu (membe) chah dah kawen ni.. lepas ni chah laa plak.. haha"

saya : hahahha.. no no no.. chah tunggu nak gi majlis umah cikgu dulu. apiq. hahahah.


oh.. apiq anak cikgu tu kawan saya dari umo 6 tahun sampai skarang..

cikgu yg saya syg : eh. laki kena kumpul duit banyak2 dlu bru bole kawen. zakiran tu tak pe lah kawen awal. dia duit banyak.. hahaha

cikgu sorang lagi dtg: chah. lepas ni rumah chah plak.

cikgu lagi: haaa.. lepas ni bole dah chah ni..

ceitttt..

saya dgn penuh kalut: no no no. abis arr kali ni.. da ramai da cikgu tolong doa nih.. ahahhaahaa..

hahaha.. sekali2 gurau2 ngan cikgu2 lama. best gak. lame tak sembang ngan cikgu. ni kalau shikin ade ni.. lagi laa best duk men jawab2 ngan cikgu. heh. rindu shikin lak..

cakap pasal kawen muda. kawan yang satu sekolah dulu da 3 orang kawen. ni yang saya tau laa.. kawan baik saya masa kt mrsm dulu. dah anak dua ok. tapi tak pe.. laki dy engineer petronas kott. rezeki2.. hehe. ouh. tetiba rindu aiz.

semalam sembang dengan mama pasal kawen muda. mama kata tak best lah kawen muda ni. nanti tak boleh enjoy masa remaja. paham? maksud nya terikat. kira nya tak boleh lah nak meronggeng sana sini ngan kawan2. bukan nya gi clubbing ke, ke sana ke sini wat benda ntah ape2.. itu tak baik. tak baik. maksud nya enjoy life dengan kawan2 sebagai remaja. gi hiking ke.. (knapa perlu d sebut hiking?) gi picnic ke. gi mane2 lah. bila dah kawen, tak de lah nak rase menyesal. itu tak penah buat. ini tak penah buat.. eheh..

tapi jangan lebih batas. bila dah kawen semua nya tebatas. nak enjoy boleh. tapi ingat status. ingat suami. ingat isteri. itu mama yg cakap. enjoy dulu puas2.. nanti bila mentally and physically ready. baru lah boleh kawen. tak de lah jadi ape2 yang tak diingini dalam rumahtangga.. ecehh..

dah2. malas dah nak taip.

ape2 pun. selamat pangantin baru buat zakiran & nabihah.

Tuesday, June 8, 2010

pahit manis indah..





yang terpahit jua termanis

semuanya bagi ku terindah

ku ingati buat selama-lama nya...






p/s: terima 'pemergian' itu.. ye betol!! senyum chah. senyum!!