Tuesday, July 27, 2010

di hati kau (ii) heh.

jom. hari ni kita berblog dengan gembira. hah. gembira kah?

aku sekarang sebagai pelajar tahun 3 kimia industri. macam biasa. bangun awal pagi untuk ke kuliah. eceh. awal laa sangat kan.. kelas stat pukul 8 pagi. dan lebih membosan kan bila berada di kelas yang sama selama 4 jam.

pagi-pagi lagi sms arie. seperti biasa. kalau kau tak sms aku, aku yang sms ko kan.. hahah. dengan bekalan roti gardenia coklat di tangan untuk breakfast, sambil menunggu kawan2 yang lain di tempat biasa, aku taip msg yang ayat nya sama saje setiap hari..

"mane ko??"

"otw. dalam terowong hati ko. sabar."

"ye. terowong hati aku tgh renovate. camne ko bole masuk?"

haha. pagi2 lagi da bengong.

dan hari ini juga aku menyengetkan bahu bawa segala macam benda dalam 'beg skolah mmuuah2x' aku.. berat giler. ni kalau tak dean list lagi tak tau ah. haha. terima kasih buat arie yg sudi bawak buku aku bagi meringankan beban di bahu. hahah.

*beg skolah*

kul 8 pagi bermula dengan kelas separation technique. lecturer tak ngaja sangat sebab projector rusak. hanya bagi explaination pasal esaimen. tapi aku tak dengar pun. sebab bz menyiap kan esaimen yg tergendala semalam. dem. esaimen lagi. kali ni siap bagi partner oke. sape partner aku?

*esaimen*

samitha. dia gi cari aku kat tempat aku. cakap aku partner ngan dia. sebab aku langsung tak hirau ape yang lecturer cakap pasal esaimen kali ni. . ye baiklah. walaupun aku cam tak berapa cakap sangat ngan dia. bukan tak berapa cakap. tak penah cakap kot sebelom nih. haha. tapi tadi cakap macam mesra2 gitu. waaahh.. siap discuss nak stat wat bile. aku cakap minggu ni aku busy. hah. busy ah sangat. so, kita stat next week oke.? korang jangan jeles aku partner ngan model kelas kita. huahua.

lepas sejam. tiba lah kelas material chemistry. ramai yang kecut kalau kelas material nih. tapi best kot sebenar nya kelas dia. boleh online. oke.. penyalah gunaan peluang yang di beri. bahu aku senget hari ni sebab bawak laptop. hah. kelas semalam aku tak bawak. aku ngangaa je. hari bawak laptop tak de ah aku nganga sangat. walopun nganga gak skali2. haha.


*sepah. laptop yg sentiasa kiut d hati. wahh. nyawa ni beb.*

lepas sejam lagi. kelas unit op. sambil2 tunggu lecturer aku online jap. on9 ym.. blog.. bukak memo. ecehh.. tapi tak on9 fesbuk. knapa? entah. aku tegur sorang kawan kat ym. tanye "KAU sehat x?" oke. tak reply. tak pe. semoga sehat2 saja hendak nya.

aku malas nak crita pasal kelas ni. sebab aku ngan rakan2 sebelahan duk gelak je.. gelak sepanjang kelas. dem. salin soalan pun. boleh lagi gelak. sampai kelua kelas pun aku gelak. hahah. tak mo crita. tak baik. tak baik. no no no.. dem lah chah.

4 jam dalam kelas yang sama.

oke. tukar kelas. kelas environment. dr. fathima.. ape ek nak cakap pasal kelas ni? aku tak penah lagi nk bagi 100% concentration lam kelas ni. hari ni hanya bagi pandangan kosong dekat slide dia. tanpa pikir ape2. sebab perut da lapa. mata da ngantuk. haha.

1 tgh hari. balik bilik. makan. solat.

kul 2 ptg. kelas QA & QC lak.. lagi lah aku bagi pandangan KOSONG. tak tau ape yang dr. rossi cakap kat depan. dia sengih, aku sengih. haha. aku tulis essay merapu yang panjang sebab nak ilang kan ngantuk. memang merapu gila. tulis ikut rentak jari yang menulis. ecehh..

dan dapat satu ketas kecik dari ain n syamim. suruh wat list barang ape aku nak beli bila kua esok.. haha.. ini list tipu.. sebab tak de ape kot aku nak beli. aku nak kua sebab nak gi baiki kad ATM je. sian aku kan. kad bank rusak. haiihh..

*amik ko.. aku nak beli rumah*

pukul 4 kelas tamat. penat. dari pagi sampai petang. tapi penat lagi ari senin. kelas sampai pukul 6 ptg. tapi takpe. jumaat still heaven. takde kelas. itu yang kita mau.

dah2. malas dah nak taip.. malam ni ade kelas lagi. sampai pukul 10mlm.

amik ko.. entri merapu aku memang selalu panjang. dan kali ni pun tak tau nak letak tajuk ape. di hati kau lagi la ek.. eheh.



p/s: may Allah bless u too..

Monday, July 26, 2010

yang ini sahaja.. =)

ye.. (menjawab pertanyaan)

blog sana juga aku

tapi sudah di private kan..

biar lah aku saja yg tau isi dalam nya buat masa ini. =)

dulu 3.. sekarang 2..

yang satu lagi tak siapa pun tau itu aku.. =P

dan sudah pun di delete secara sengaja..

kerana itu masa lalu..

hanya blog ini yang tinggal untuk tatapan umum.. (kalau ada)

sekian. terima kasih.



p/s: fesbuk juga sudah jarang dipedulikan..

Sunday, July 25, 2010

di hati kau. heh.

hhhmmm..

da lame kan tak cerita pasal life aku kat sini...? banyak sangat benda jadi.. sampai tak tercerita. dan kadang2 bukan semua kita bole cerita secara open kan..

macam kenapa mata lebam cam panda pada hari kedua minggu pertama kuliah. ouhh.. sangat dem. bangun pagi dengan mata sebegitu rupa. pergi ke kelas dengan menerima pertanyaan..

"knapa ngan mata ko??"

"aku cuci mata semalam. buang air2 yang tak diperlukan.. haha"

*diam menutup cerita*


dan dalam seminggu ini.. aku selalu dapat panggilan telefon dari arie. mentang2 dpt kol free kan. dan no. aku je yang ko boleh active kan.. keje nye kol aku je.. setiap pagi sebelom ke kelas dia akan kol dan bertanya..

"weii.. kau kat ne?? da siap blom??"

"di hati kau.." (sambil jalan laju2 menuju ke sana)

haha.. dan akan kedengaran pekataan "dem!!" dari mulut dia..

skang ni da jadi jawapan standard untuk sape2 yang tanya soalan2 cam ni:

"awop duk mano?"

"weii.. mane ko??"

"kau kat ne?"

ni sume cininie punya pasal.. salah kan dia. salah kan dia. dia. dia.haha.

*di hati ko* hakhakhak..

*dah. cite lain*


dan semalam (25 july 2010). lepas setel keje2 urusetia / ajk untuk ujibakat pencarian mc/dj expoconvo'10 di dewan kuliah utama 2 (skema) pagi semalam. aku terus GOL. ngantuk gile kot. agak2 dua jam aku tido. arie kol...

*angkat fon*

"ye......" (mata belom bukak oke.)

"chah. jom kua.."

"bile? ngan sape? sampai kul bape? nk gi mane?"

"lepas zohor. ngan aku. asfa. fiona. gi ECM je. fiona nak cari spek yg very da vogue. jom ah."

"oke.." (dem. otak seminit ke ni ek?)

*tengok jam. pukul 1.10 ptg. tak terlalu kalut ntuk bersiap. heh. siap ala kadar saje*

kul 2 ptg bergerak la kami ke ECM menaiki kete fiona.

hanya tengok2 je ah. tak de nafsu nk shopping ke ape.. aku ah. bukan diorang. diorang macam2 benda beli.

aku memang cam ni. shopping bukan dalam list teratas. tidak berapa gemar. tidak menjadi kegemaran buat masa sekarang. eceh. kalau aku nak, aku beli. kalo tak nak, tak perlu.. so, ianya tidak perlu oke. haha. nafsu shopping datang bila duk umah. tu pun jarang. haha.

dan arie berkata..

"gilerr.. aku kagum ngan ko. kuat iman ko beb. tak beli ape pun."

"haaa.. kan. untung ah nanti laki aku. dapat isteri cam aku. kan.? hahaha" (konon nye laa.. tu pun kalo tahap tidak gemar akan datang same cam hari ni. heh.)

ape aku beli?

megi and air yogurt bliss. ink printer. haha. tu je. at least ade gak barang aku beli kan..

diorang beli??

jeans. baju. spek very da vogue (konon nya laa. haha). hand bag. bekalan makanan. lagi ape ek? aku lupa.

kua pun tak rancang. otak seminit. tak pikir panjang. main ikut hati je. main oke je bile kawan ajak kua. so, tak de list ape2 barang pun nak beli.

yang aku tau.. pusing2 kedai. sentuh2 barang sket2. angkat. letak. angkat. letak. jumpa cermin besau.. amik gamba. haha.

*padini*


*fiona tetap menten vogue walauuuponnn... duk sbelah driver je. heh*

*sudah*

balik dari kuantan. rest tak sampai 2 jam.. kul 8 mlm, aku dan rumet2 ( ana and mimie ) konon nya menyibuk kan diri di booth MSP. haha. meriah ke tak ek?? hhhmmm.. bole tahan ah.. ramai gak junior turun. =)

dan balik ke bilik dengan rasa penat yang amat..

hari ni.. tido sampai lebam! heh.

panjang gile bebel.. mintak maaf. =)

entri ni ade kaitan ngan tajuk tak ek??? hahah. tak tau ah nak letak tajuk ape..


p/s: hhhmmm. otak seminit. jangan amal kan.
pesanan dari orang yg ajar aku 'otak seminit' lamaaa dlu.

Tuesday, July 20, 2010

cerita hati... =)



Most beautiful heart

one day
a young man was standing in the middle of the town
proclaiming that he had the most beautiful heart

it was perfect
there was not a mark or a flaw in it

suddenly
an old man appeared and said

"your heart is not nearly as beautiful as mine."
the young man looked at the old man's heart.
it was beating strongly, but it was full of scars,
jagged edges and holes

he laughed.

"you must be joking.."

he said.

"compare your heart with mine"

"mine is perfect and yours is a mess of scars and tear."




"YES,"
said the old man

"every scar represents a person to whom i have given my love"

"i tear out a piece of my heart and give it to them
and often they give me a piece of their heart
which fits into the empty place in my heart.

but because the pieces aren't exact

i have some rough edges,
which i cherish

because they remind me of the love we shared



sometimes, i have given pieces of my heart away and the other person hasn't returned a piece of his heart to me


these are the empty gouges-giving love, is taking a chance

although these gouges are painful,

they stay open,

reminding me the love
i have for these people too
and i hope someday
they may return
and fill the space
i have waiting"

"so now do you see what beauty is??"


what is your heart like?

did you protect it so well that it is perfect without scars??

have you touched someone's life today?

sometimes it hurts but that is when life counts!!




p/s : cerita hati.
"hati yg akn terhenti cerita nya bila seluruh jasad kaku.. tak pernah ade penghujung orang bercerita pasal hati."
-sms dari seseorang yg aku masih anggap kawan-
13.04.2010

Friday, July 16, 2010

saje2.



isshh.. dah seminggu tak update..

heh.

hari ni pegi utem, Melaka.

bertolak pukul 3 petang.

then, terus balik pahang tgh malam nih.

insyaAllah sampai subuh esok.






p/s: eh. silap update. wat cam update status fb lak. heh.
bosan.

Friday, July 9, 2010

sedikit ucapan buat kwn2.. ecece~

salam...


video

haha.. terima kasih kepada yg mendengar bebelan ini. 1st time record ni oke. cam poyo pun ade gak. tapi tak pe lah. tak kisah lah ape2 pun. layan je ah..

saje nak try mengaplikasikan ape yg telah dibelajar dalam muvie maker 4 tahun lalu. giler lame.. eheh.

Thursday, July 8, 2010

aku ulat yang bukan ulat. heh.

salam..

hoccayy.. hari ni cam punya mood untuk update walaupun mood tak de lah berkobar kobar macam post2 aku sebelom 2010. heh.. setelah cam lebih seminggu tak meng online diri. hhhmmm.. bukan senang nak menahan diri untuk tidak online. bukan senang nak tahan diri untuk tidak peduli kan siapa-siapa. sangat bukan senang. dan sangat bukan senang untuk buang satu perasaan yang memang menyeksakan jauh2..teeetttt.. =)

dan ini adalah sangat demmm!!! ia nya lebih susah dari mau melupakan perasaan terhadap orang dah pergi jauh ke alam yang satu lagi untuk kita teruskan hidup. rasa sakit nya juga tak sama. cakap macam pernah rasa. memang pernah rasa. itu cerita yang sangat2 lama yang aku simpan. biar lah. tu cerita lama. tak perlu disebut. yang penting terus kan berjalan tanpa menoleh. never look back. biar kan dia tenang di sana.

dan ini yang kawan aku cop aku. perahsia? boleh jadi sangat perahsia. dan kadang2 boleh jadi sangat lepas dan open tanpa sorok ape2.. heh.



hhhmmm.. lupa kan pasal perasaan ke.. rahsia ke. ape ke. kita masuk bab lain. ape yang aku buat dalam waktu cuti begini tanpa meng online kan diri.. dulu, kalau cuti. almost every day ade update. sekarang tidak lagi. eheh.

last week teman mama pergi ceramah untuk budak2 UPSR kat 2 tempat. langkah yang baik untuk tidak kesorangan dan pikir perkara yang membebankan hati. eceh. hari dan waktu yang berlainan. satu di D'BALI MOTIVATION CENTER and satu lagi di PUSAT KO-KURIKULUM kat bachok. 2 jam tunggu mama bercakap tanpa henti adalah amat memenatkan dan membosan kan sebab aku dah selalu sangat ikut mama pergi kem2 cam ni. dan sebelom keluar rumah mama akan selalu pesan, "bawak buku.. nanti bosan lah.. ape lah.."

so, that is why aku bawak ini..
dan ini adalah kepunyaan aensyue. aku bawak pulang. dan baca untuk kali ke-2 or 3. haha. sebelom ambik ain punya. aku lupa aku baca sapa punya.. mama duk cakap pum pang pum pang kat depan. dan aku kat belakang duk ngadap ini. heh. cam ulat buku. walaupun tak berapa nak ulat sebenar nya.

aku akan jadi ulat buku bila terasa mau jadi ulat buku. bukan cam mama. kat mana2 saja dia on. buku sentiasa ada lam handbag. tepi longkang pun jalan. haha.

thats my mom. aku belom sempat habis bace "where rainbows end", mama dah potong dulu. siap cerita sebijik-sebijik ape jadi lam novel tu. haihh.. haha.

dan cuti kali ini.. bila di rumah, tanpa online, duk sorang2.. aku kumpul kan buku-buku yang aku nak bace. walaupun bukan semua nya habis dibaca. biasa lah. mood untuk menjadi ulat buku itu datang bila hati tak tenang. haha. kalau tak, buku itu yang akan berulat sebab tak di sentuh. ade yang dah di bace separuh jalan. tunggu untuk disambung bace je. heheh.

ini buku-buku yang aku kumpul untuk di baca. tapi tak habis di baca pun. haha. tapi baca lah jugak.. kan bagoss kalau aku bace segala buku2 kimia dengan semangat berkobar-kobar cam ni. tak de lah hampa sangat bila tengok result kan.. haha



Where Rainbows End - novel ni best. crita pasal dua kawan baik dari kecik sampai besar dan sampai dah beranak pun, masing2 sorok pasal perasaan hati. eceh.. kalo nak tau ending, bace lah. tak rugi.

P.S I Love U - semua orang tau crita ni sangat best. ayat2 dalam novel ni pun layaan je. eheh.. filem dia pun best.

Barack Obama - hehe. ini... belom habis bace. mama yang beli and da habis bace pun. aku tak berapa berminat sangat ngn buku ni. tapi terasa nak bace. so, bace separuh jalan pun jadi lah. eheh. nanti i sambung bace u lain kali ye abang barack.



Half Full - ini bukan novel. dalam buku ni ade banyak cerita manusia. cerita pendek. semua nya kisah benar. pasal kehidupan. kejayaan. cinta. jatuh bangun seseorang. harapan. takdir. pengorbanan. semua ada. juga tak rugi bace.

Weedflower - novel ni.. belom sempat di bace. eheh. dah lama dah beli. tapi duk diam2 je lam almari. mama cakap crita ni best. berkaitan zaman perang kalau tak silap. tengok lah nanti cm mane.. kalau sempat, bace lah. eheh.

Bad Heir Day - haha. yang ini.. dah berbulan-bulan cuba nak habis kan. tapi tak habis2.. bukan tak best. best. sebab tulisan lam novel ni aku tak suka. so, agak bosan untuk di baca. haha. alasan.


Ternyata Cinta and Cinta Datang Lagi - dua2 ni da lame habis bace. saje nak bace balik. biasa2 saja. tak de smpai tak best sangat. hanya biasa2.. sesuai untuk dibaca sebelom tido kalau tak leh tido. heh.

Tersenyumlah - buku ni cam buku agama sket. dah lame dah buku ni.. buku motivasi sebenar nya. dari author "DON't BE SAD".. memang btol, aku tersenyum baca buku nih. aku suka kata2 kat cover depan buku ni..

"dicelah-celah badai kesukaran... TERSENYUMLAH. Pasti ada kesenangan selepas kesusahan, kegembiraan selepas kesedihan, kejayaan selepas kegagalan."

"jiwa-jiwa yang gelisah akan panik menghadapi kesusahan manakala jiwa-jiwa yang senyum mengatasi kesusahan dengan mudah."

ape-ape pun yang jadi.. tersenyum lah. =) hehe.

ouhhh.. baru perasan. entri ini sangat lah panjang. banyak lagi nak bebel sebenar nya. so, itu lah aku dalam cuti ni yang tak berapa nak panjang nih.. mau jadi ulat buku yang tak berapa nak ulat. semua nya gara2 nak meringan kan beban hati. itu cara aku. heh.

banyak nak cerita. tapi tunggu lah. episod lain plak. hihi..

sekian. terima kasih sebab sudi baca entri yang panjang ini. haha. kalau ade yg bace lah..