Sunday, September 19, 2010

aku pergi dulu..



salam..

19 september 2010. 12 tgh mlm.

akan pergi meninggal kan keseronokan di rumah. seronok kah? yep. seronok sekali. sekali sahaja. hhmmm..

macam biasa. bakal sampai di kuantan waktu subuh. siapa mau jemput aku? siapa? siapa? ermm siapa?

teksi mahal wooo... mau kena rm 40 nih. dah la subuh.. matahari belom terbit. perjalanan dari kuantan ke gambang dekat 30 minit. kau ingat aku berani nak naik teksi? skang ni macam2 bole jadi. haishh..

*aku pun tak tau ape aku sumbat lam beg ni. yg penting katak juling tetap di usung*



esok. kelas pukul 10 pagi. tengok lah. kalau nampak jalan ke kelas, ade laa muka ni kat kelas pukul 10 pagi esok. kalau tak, jumpa aku kul 2 petang. =D
haip2x. tak baik chah. tak baik ponteng. kena gi jugak pukul 10. pegi. pegi!!





dan esok dan seterus nya. bagaimana..??

aku harap aku k.e.n.t.al...






p/s: doakan aku sampai dengan selamat ya kwn2..

Saturday, September 18, 2010

apsal nih?



salam..

hhhmmm.. awal2 lagi da ngeluh. haip2x. tak baik chah. tak baik ngeluh..

*ngeluh lagi*

tak tau nak buat ape. batol2 tak tau.

tido pukul 8.30 mlm depan tv. terjaga pukul 12 tgh mlm, juga masih depan tv. ye ar.. sape nak angkat masuk bilik..? kau giler?!! heh.

ini lah jadi nya. kalau tido pun tak menentu. bila orang tido, kau jaga. bila orang jaga, kau tido. pas tu mula lah. pasang tv kuat2. on lappy. keliling rumah. kejap kat lua. kejap kt dapur. kejap kt tengah. kejap kt tmpat tv. haihh.. on9..? kejap on, kejap off.. sehari dua ni malas mau on9. mood berkurang. ah. biasa lah..

*tgk iklan kt tv*

tak tau nak update ape. tapi nak update jugak. aku punya blog. so, aku punya suka la nak tulis ape kan.. =)

cerita raya? nanti2 lah. eheh. tiada ape yang menarik pun raya tahun ni. eh. ade. pertambahan sorang ahli dalam family photo taun ni.

raya. macam biasa lah. balik sana. balik sini. jalan sana. jalan sini. semua nya jalan ngan family lah.. mau berjalan-jalan bersama rakan-rakan tpi tidak berkesempatan. cewahh ayat aku.

petang tadi baru ade kesempatan kua ngan kawan2. beraya umah shima. open house. tu pun nasib ade fariman datang jemput. selaku driver. terima kasih ya kawan.

dah. itu sahaja..

tadi aku dah taip panjang2. tapi aku dah delete semua. malas plak nak crita panjang2.. hhhmmm..

entah lah. tetiba malas. tetiba je. tetiba.

apsal nih? apsal?

*ketidakstabilan emosi*


*melekat di dinding rumah lama aku pagi raya ke-2*


dah lah chah. skang ni bukan masa untuk pikir orang lain. skang ni masa untuk pikir diri kau plak. diri kau! diri kau, paham tak..? kau pikir pasal orang lain, orang bukan pikir pasal kau pun. dah2.. (untuk diri sendiri)


*tetiba emo*




*signing off*

Tuesday, September 14, 2010

surat dari arwah..

salam..
dalam entri "sebelom lebaran" sebelom ni, ade saya sebut tentang surat yang di tulis oleh arwah ayah ki. dan dalam entri kali ni, akan saya kongsikan isi surat tersebut. surat yang mungkin ingin di hantar ke mana-mana ruangan majalah untuk dijadikan iktibar. tapi tidak kesampaian.
saya post surat ni kat sini bukan untuk membuka keburukan arwah. tapi untuk di jadikan teladan buat semua.. baca lah.



assalamualaikum w.t.w.b. Terpanggil ana untuk menulis dan mengirim bingkisan ini ke gelanggang ilmu anta. Ana adalah seorang anak desa yang sudah pernah mengecap pangalaman pahit maung, hidup di kota metropolitan Singapura, K. Lumpur, Alor Setar, Kuantan. Ana pernah melawat P.Pinang, Perlis, Kota Melaka, dan ana pernah merasai suasana siang dan malam di Thailand. Itu adalah pengalaman ana semasa dosa dan pahala tidak ana hiraukan. Ana sudah mengenal dan merasai sendiri bagaimana racun atau senjata paling berbisa pihak kuffar yang dikenali sebagai dadah. Malah ana pernah menjadi Pusher dan dealer atas urusan hitam ini.

Mengikut pengalaman yang ana tempuhi, ia adalah perniagaan yang paling laris dan menguntungkan dalam jangkamasa singkat. Akan tetapi risiko adalah terlalu tinggi (maut) samada di tangan pihak berkuasa atau di tangan sesama sendiri. Kata golongan-golongan yang tidak pernah melalui pengalaman ini, dadah adalah musuh no. 1 negara. Sekali terjebak, pasti tidak akan terbebas selama-lamanya. Akan tetapi bagi ana, itu adalah karut dan tohmahan semata-mata. Jalan keluar adalah terlalu mudah, iaitu keazaman dan keyakinan bahawa rahmat dan pertolongan Allah S.W.T pasti ada.

Sekarang ana sudah lama bebas dari belenggu ketagihan @ rindu @ gian, malah ana bersyukur kerana walaupun pernah terikat dengan suntikan namun ana bebas dari sebarang virus. Ana teringat akan suatu nasihat dari alim ulama, bahawa segala kejahatan kita yang lepas-lepas jangan lah di ungkitkan, kerana seolah-olah kita berbangga-bangga dengan kejahatan itu. Tapi apa yang ana coretkan disini hanya lah sebagai iktibar, supaya masyarakat sudi untuk menoleh kembali dan bersama-sama kita membimbing lebih ramai anak watan supaya mereka juga dapat pulang ke pangkal jalan seperti ana...


-jamak-

arwah pergi meninggalkan kami pada subuh raya ke-3 tahun lalu. dah setahun ayah ki pergi.. surat ini kemungkinan di tulis sebelom arwah tahu dia sakit.

al-fatihah.

seperti yang arwah tulis dalam surat nya, apa yang saya coret kan tentang surat arwah dalam blog ini, hanyalah sebagai iktibar, supaya masyarakat sudi untuk menoleh kembali dan bersama-sama kita membimbing lebih ramai anak watan supaya mereka juga dapat pulang ke pangkal jalan.. =)

lagi dua tulisan arwah di sini ----> rap resolusi dan sarang serangga-serangga

oke. setakat ini sahaja entri kali ni.. =)

salam syg dari saya..

Friday, September 10, 2010

bebelan pukul 5, pagi raya..

sekarang adalah pukul 5 pagi. pagi raya. aihh.. tak tido ke ape? tak2.. dah tido tadi. pukul 11.30 mlm. dan terjaga pukul 3 pagi. dan sudah ga bisa tidurr..

rumah aku pada malam raya. macam biasa. seperti esok tidak raya (hari ini). sunyi. sepi. semua buat hal masing2. eh. tak de lah sampai tak peduli pasal raya. cuma.. tiada rasa meriah. mama masak kat dapur. me n my sis tolong ape yang patut. ayah. nonton tv sambil dengar takbir raya.

kebiasaan nya rumah akan terang bila malam raya. semua lampu dalam rumah di pasang. lain pula tahun ni. tiada siapa yang ada inisiatif mau switch on the lights.

pukul 9.30 mlm aku dah stat ngantuk. untuk tak mau tido awal, sebab dah tau dah, kalau tido awal, aku akan terjaga pada pukul 12 tgh mlm dan takkan tido sampai pagi. so, aku iron semua baju melayu lelaki2 dalam rumah ni. as usual lah kan. every year memang aku yang iron baju diorang. aku lah yang cari kan butang baju melayu. aku jgak lah yang pasang kan butang diorang. tahun2 lepas 5 pasang baju melayu. tahun ni, kurang satu. sebab abang tukar plan, beraya rumah mentua. nasib dekat je. tak kisah lah. mane2 pun same kan.. ke tak?? =)

dah tak tahan. 11.30 aku tido. dan terjaga pukul 3 pagi. dah agak dah..

hhmmm.. hari ni dah raya. kurang bermood untuk beraya sebenar nya. may be sebab semua dah dewasa. besar2. cara nya lain sket kan. tak macam kanak2 dulu. asal bunyi bulan puasa je, mcm tak sabar2 nak raya. tiap2 hari duk tanya.. "bila nak raya ni....?" kan...

*ayam dah bkokok*

pukul 6 pagi sat gi, mesti kejut kan semua orang. sebab pukul 8 pagi lepas sarapan kebiasaan nya kami semua dah gerak tinggal kan rumah. ke mana? of course lah rumah tok ayah and sembahyang sunat hari raya kat masjid besar pasir puteh, 5 minit jalan kaki dari rumah tok ayah. hehe.

ape lagi ye..? tidak sedap hati sebenar nya. aish. pagi2 raya orang semua nak hepi2. ade plak prasaan2 tak sedap hati datang mengganggu. nape ek?

*tengok cermin*

aihh.. mata lebam.. lingkaran gelap bawah mata (haha. skema.) semakin menjadi-jadi. dah macam panda. cam ne mau raya?

time2 raya ni laa.. nak rasa kecik hati dengan seseorang.. haipp2x. raya ni chah. no no kecik hati.

rasa macam tak pernah dihargai. pernah rasa?? pernah tak?? memang lah tak pernah mengharap kan ape2 balasan untuk ape2 pun. tapi at least, appreciate lah kan.. kan..

ish.. biar lah. tak payah cite lah. hidup.. biasa lah kan.. mesti ade best dan tak best nye kan.. kan.. so, layan kan aje. sabar aje lah..

*orang bilik sebelah dah bangun* (mama)

baju diorang sume dah iron. baju aku still belom iron.. so, its time to iron baju..

salam lebaran dan salam sayang dari aisyahrosli dan anak2... kucing.. =P

daaaaa...


p/s: ape yang aku bebel kat atas ni? hhhmmm..

Thursday, September 9, 2010

sebelum lebaran

salam..

hampir seminggu kat rumah. melalui hari2 terakhir ramadhan dengan macam2 rasa. peristiwa seminggu lalu sangat2 mengundang rasa sakit hati. tapi itu lah. sepandai-pandai tupai melompat.. (hah. sambung..) kantoi jugak kau. tapi tak pe. benda dah lepas. ape yang perlu sekarang adalah bersikap kental. yep. kental.

*lupa kan semua*

---------------------------------------------------

seminggu di rumah. berapa kali saya keluar rumah? dua. dua kali.. hari2 lain. hanya berkurung tak ke mana-mana. biasa lah. kalau di rumah, tak kan keluar kalau tak de sape yg ajak keluar.. heee.. ooohhh.. baik nya budak ni..

dan bila di rumah, bulan ramadhan ni.. saya tido pukul berapa? lepas sahur. yaa.. lepas subuh baru boleh tido. dan kadang2 langsung tak tido. gilaa ke apa..? tak2.. paling lambat tido adalah pada pukul 12.30 tgh hari. bukan baru bangun. tapi baru tido.. ape nak jadi ni??

---------------------------------------------------

malam ini pun sama. waktu aku taip ni jam menunjuk kan pukul 4.20 pagi.. hari khamis. dan entri ni aku wat schedule post. may be masa entri ni di publish, aku sedang tido.. hehe..


semalam (rabu).. berbuka puasa di rumah bersama family sebelah mama. adik bradik aku lengkap 6 orang plus kakak ipar. tok ayah. pakciks. makciks. cousins. kecoh satu rumah. dan orang paling busy of course laa mama. dan tumpang2 busy plak adalah aku dan seisi rumah. tuan rumah laa kate kan..


"akak.. pinggan tak cukup.."

"akak... nasi tambah kak.."

"kak chah!!! nak air!!"

"kak chah!!! letak kuah..."

"kak.. kak.. tambah lauk kak!!"

"air ni tawar... sape yg buat..?"

"chaaahhh... rambut baru!! same cam cik na!!" haha.. yg ni i suka..

memang kecoh satu rumah. meriah. lepas isyak. hidang lagi ape yang ade. kuih. kacang. biskut. sambil sembang2. gelak2. habis semua. perut ape diorang ni..? heee..

memang bising gila.. dah macam malam raya. hah. elok laa.. kalau mlm raya, rumah aku sunyi je sbenar nya. mcm hari biasa. sebab semua dah besar. so, bila dah kumpul2 cam ni.. kecoh laa..

lepas pukul 10 baru diorang semua balik rumah tok ayah. rumah tok ayah dengan rumah aku dekat je. 7 minit naik kete, dah sampai.. tapi tu lah. lepas sume orang balik.. rumah kembali ke bentuk asal. senyap je. tak de dah suara budak2 duk jerit2. main kejar2. suara makcik pakcik duk main teka teki. gelak2..

hhhmmm.. dalam riuh2 tu.. sebenar nya ade terselit rasa rindu. rindu sama arwah.. arwah maktok. arwah ayah ki.. al-fatihah..

masuk tahun ni.. dah 7 tahun maktok pergi.. dan dah hampir setahun ayah ki pergi.

ingat lagi.. maktok pergi time aku form 3. masa tu aku kat mrsm. sebelom aku balik hostel, maktok cakap nak tido dengan aku. dan itu lah kali terakhir aku tido ngan maktok..

oh ya.. ade satu kisah yang aku ingin kongsikan. mungkin boleh di jadi kan teladan.

surat yang di tulis oleh arwah ayah ki bertahun lalu. mungkin untuk di publish di mana2 majalah.

*tidak pasti*

serba sedikit tentang kisah hidup nya.. sebelom jatuh sakit. *mungkin*

dan.. surat tu akan di kongsikan di entri lain.. siapa2 yang mau baca. tunggu lah.. =)

dan...

setakat ini sahaja entri kali ini..

salam lebaran dan salam sayang dari aisyahrosli.