Thursday, October 28, 2010

dan semalam...





genap sebulan ayah kembali ke rahmatullah..

al-fatihah


semoga roh ayah sentiasa dicucuri rahmat
dan
dibangkitkan dalam golongan orang2 yang beriman

amin..




rindu ayah..




Friday, October 22, 2010

ketetapan dan lumrah







dalam hidup kita, sering kita bertemu dengan mereka yang baru dan terpaksa melepaskan mereka yang pernah kita kenali. Apapun sebab pertemuan dan perpisahan, itu satu yang telah ditetapkan dalam hidup. Adakah kita mampu menghargai seseorang sekiranya kita tahu mereka akan bersama-sama dengan kita selama-lamanya sekalipun tanpa mati? Lumrah juga....seseorang dihargai, semasa kita kehilangannya -SN-






merepek: sekarang pukul 4 pagi.. masih bergelumang dengan esaimen separation technique. nampak cam senang. tapi sebenar nya membunuh.. tau? membunuh. ambil masa jap. update blog. saje gatal tangan. pening dah ngadap esaimen. tau? pening!

4.30 pagi. terbawak-bawak ngn esaimen, gmba ni pun aku label skali
(klik pd gamba untuk tumbesaran)



tajuk ni kena tak ngan quote tu ek..? ahh.. ape2 lah.






Wednesday, October 20, 2010

fikir ape yang perlu.





kelmarin dah berlalu..

hari ni sedang berlaku..

ia juga akan berlalu..

esok bakal berlaku..

fikirlah ape yg perlu..

dan bukan masa yg lalu..



=)





p/s: saya kuat..




nota merepek: syamim da masuk 2nd round tido di siang hari. aku? tengok saja puru2 aku jadi bantal die. haha.

ptg ni ade janji. mau bersizzling ngan sorang nih. huuu..




Sunday, October 3, 2010

kehilangan.

hari ini masuk seminggu ayah pergi. kembali ke rahmatullah.

hari ini baru punya sikit mood untuk online. blog.

hari ini. demam. selsema. batuk.

teringat ayah. cakap ayah. pesan ayah. jalan ayah.

senyum ayah. tawa ayah. suara ayah. bau ayah..

semua tentang ayah..

al-fatihah


semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat.. amin..



betol2 rasa kehilangan.. aku harap aku kuat.










p/s: terima kasih buat teman2 yg sentiasa beri sokongan.