Tuesday, November 30, 2010

threehundred at 3 a.m

assalaamualaikum..

=|
=)

its already 3 a.m.. mata belom mau pejam. hari2 pun masalah yang sama. hari2 setiap kali situasi begini memikir kan masalah yang sama. entah lah. errmm..

setiap hari, nampak macam hepi2 saja kan. yess. memang nampak hepi. tapi itu luaran lah. dalam kepala otak, dalam hati.. lain.. ish. tak suka lah rasa macam nih. serius tak suka gilebabi.. rasa macam nak garu otak. tau? rasa macam nak keluar kan otak, cari mane masalah yang serabut kan kepala, buang. tanam dalam tanah dalam2.

ish. dah lah. tak mau cerita pasal nih. setiap masalah pasti ada jalan selesai kan.. setiap kekecewaan pasti di balas dengan kegembiraan di masa akan datang kan.. ecewahh..

3 pagi untuk entri yang ke 300 dalam blog ni.. owh. da tigaratuss rupa nya. aku tak lah serancak orang lain berblogging. ade setengah blog, baru setahun.. tapi entri nya da capai limaratus ke tujuhratus entri. huuu.. kagum. tapi aku tak serajin tu lah. blog ni baru je 2 tahun.

ape2 pun terima kasih kepada yang sudi folo, singgah2, jenguk2, baca dan komen kat blog ni. walaupun tiada apa yang menarik kat blog ni.. time kasih banyak2. terima kasih buat blogger2 yang buat aku rasa rapat dengan kamu.. syazana, markonah, p.i, anjang.. ermm.. sape lagi ek? aahh.. blogger2 ni yang hari2 pun rasa rapat.. arie, haziq, kakmar, syamim, ain, pojan, ajim, bun, kakde n syamiera.. (weehuuu.. ni ucapan trima kasih aku kt korang sebagai blogger kpd blogger. bukan sebagai rakan sekuliah or sekelas.. hehe)

---------------------------------------------------------
merepek

ermm.. mata masih belom mau pejam. perut cam lapar.. ape yang kita boleh buat pagi2 cam ni nk isi perut? tadi kua bilik. rumah da gelap gile. lampu sume da padam. manusia ni sorang je belom tido. setan stil berkeliaran lagi kot. aih. ke situ plak.

pandang kiri kanan. berani2 ayam je gi lua on lampu tengah, lampu tempat golek2 tgk tv, lampu dapur, on tv.. dan bila rumah kembali cerah dan ceria dengan bunyi tv. aku dah jadi berani2 gajah.

kat dapur ade roti. dalam peti ais ade cheesedale cheese. ade cekelat nutella. mane best? cekelat da keras. tak best nak sapu kt roti. so, ape pilihan?

maka.. ayuh bakar roti bersama cis. roti bakar panas2 ngan cis cair kat dalam. pergghh.. sedap beb. SEDAPP!!

tambah plak ngan susu HL perisa stoberi. stok susu memang selalu ade skang ni. ntah bile ntah sume orang lam rumah minum susu di waktu pagi dan malam, aku tak pasti. tapi stok susu memang selalu ade.

sekali lagi, makan roti yang di bakar dengan cis.. minum susu pada pukultigapagi sambil on9 dan nonton tv dengan perasaan berani2 gajah, perasaan serabot otak, perasaan sedih, geram, gembira adalah TERBAIK.. mata melekat kat tv.. mulut kunyah.. tapi pikiran melayang. entah melayang ke mane ntah. aihh. dah lah. dah lah.

sudah itu saja..

sekian.


p/s:jiwaguakacaudahberapaharientah.hoiiiperasaanyangentahape2.
silablahdarihidupakubolehtak.gimainjauh2danjangandatanglagi.

Monday, November 29, 2010

satu hari: ibu ayam di kejar musang. aihh. layaan.

assalaamualaikum..

=)

post kedua untuk hari ini. tak de yang menarik sangat hari ni melainkan melayan marsya menyanyi. lagu ape? of course lah "ibu ayam di kejar musang" tu.. tapi yg dengar nya, suara aku je yg ye2 nyanyi. sampai tertido aku layan die. aku ah yang tido. die tak tido pun.. aih, budak nih.

kak chah ngantuk o.k.. sebab pagi2 lagi die da sampai. dah tu siap pakai baju kurung. aku tnye..



asal kakak pakai baju kurung?




sebab mommy pakai jubah yang die baru beli masa kita pegi tesco tuuu. pas tu kakak dah takde baju nak pakai.




hah. ye la tu budak. punye panjang jawapan die.

okey everibadi.. ini kami..

video


ni sesi pra-dengar lah konon. di sebab kan pagi2 lagi marsya da sampai, aku pun stil golek2 lagi kat katil, bilik pun dalam mood masih mau bermimpi, so.. aku bagi die tengok video lagu ayam tu. saje umpan die pagi2. bagi die diam sket.

video

aaa.. dari pagi smpai petang. yang ni aku da ngantuk dah layan die.. tapi layaaannn jugakk.. sampai aku tido. bukan die yang tido. heee..

tapi takpe.. takde lah bosan sangat hidup aku hari ni bile si marsya ni datang duk umah ni.. =)

haaa.. dalam video sebelom NI.. bukan aku yang nyanyi. yang suara nyanyi sket2 dalam video kat atas ni baru aku ye kawan2..

sebenar nye ade 3 vid kami berdua (hehe) nk letak kat sini. tapi nak tunggu upload satu pun da lame. so, cukup lah ni. yang lain, post lain. =)

yang mama nyanyi sekali pun ade.. tapi mama punye version lain. nursery rhymes. orang puteh punya lagu. aihh. kau bernasib baik marsya sebab kitorang ni suka layaan.. siap nyanyi2 dgn penuh gaya. walopun kau sorang je budak kecik dalam umah ni. haha.

itu saja.

sekian, terima kasih..

=)

p/s: esok konfem die datang lagi. haha

kelima: gua tak terer 2

assalaamualaikum..

=|
=)
blog berwajah baru. 'kain puteh bercorak abstrak' pun dah takde. yang ade sekarang ni 'antara koma dan nokhtah'.. tapi kenapa 'koma' dan 'nokhtah'? i'll tell u later dalam post yang lain. ehem. =)

mood masih swing. tak tau kat mana. may be merajuk duk tepi longkang lagi. tapi tak tau longkang mane. biar lah. malas nak cari. hhhmmm..

hoccay. seperti yang di janji kan.. persetujuan dari penyanyi da dapat. ni dia.. video yg aku cakap semalam. sesuai untuk semua lapisan umur. erk. ye ke? ahh.. jangan banyak cakap. layan je.


video

ok. sila jangan gelak.. sudah.. itu saja. aku da cakap. aku tak terer bab2 cam ni. simple2 boleh la.. =)

itu saja..

p/s: marsya datang ari ni. macam biase lah. ade je die kat tepi aku ni. golek2 tengok aku blogging.

Sunday, November 28, 2010

keempat: gua tak terer.

assalaamualaikum..

=)

hhmmm.. hari ni kurang bermood untuk menulis panjang2. eceh. ye lah. baik lah. baik lah. knapa takde mood? sebab dari malam tadi mood mati. knapa? entah. heii. jangan jadi bodoh lah. ish. menyampah.

malam tadi mata susah lelap. maka bila mata susah lelap. apa mau buat. baca buku. yess.. baca buku.. buku ape? ni haa..


dan lepas tu terusss.. tido sambil pegang buku sampai ke pagi.. tak2. bangun pagi.. buku da selamat bawah katil. maka.. kita sambung baca hari ni. berteman kan. sebotol yakult dan mamee renyuk, goncang, makan. eheh.

bila da bosan baca buku. buat ape?


melukis.. yess.. melukis dan mewarna. untuk apa? konon nya nak wat video untuk lagu kanak2 laa.. eheh. sebab ade lagu zaman kecik2 sorang ni, aku record. haha. tetiba rsa nak wat video lah konon. tapi aku tak terer lukis dowh. buat video pun aku tak terer. saje suka2.. hilangkan bosan.

okey. itu saja..

p/s: vdeo akan di release kt sini or fb lepas dpt persetujuan si penyanyi.. kahkahkah..

Saturday, November 27, 2010

ketiga : tiada apa. hanya hujan.

assalaamualaikum..

=) senyum lagi.

sape yang sedang senyum, putchahensap everibadi (dan mcm abg abu dah.. eh bukan. cm bun lah. haha)

rajin plak kak chik update blog skang ni kan..? biase lah. cuti. tarak apa kak chik bole buat. bosan. maka.. blog sahaja lah tempat kak chik membebel. aihh. tetiba bahasa kan diri sebagai kak chik. rindu ngan panggilan kak chik. takpe2. ari ni memang akan bahasakan diri sbgai kak chik. kak chik ye. bukan kek chik. kek chik tu, abang samim punye panggilan. hahaha.

hoccay everibadi. hari ni kita buat ape? buat bodo!!! yess.. buat bodo!! sebab? sebab hari...


hujannn... yeah. dats rite bebeh. dari mlm tadi hujan masih belom benti. bau hujan best kan..? ni blakang bilik kak chik. yang dalam pagar tu umah jiran. kentut pun jiran bole dengar. heh.

hari ni kak chik bangun lambat. sebab ape? sebab.. hujan.. bangun tido terus masak. untuk sape? untuk adik2.. bukan anak2 ye. walaupun adik2 kak chik sume nya da besar panjang dan lebar, bole cari makan sndiri.. tapi mama da pesan pagi tadi. masak ye kak.. ye, baik lah mama.

hari ni last day mama gi bagi kursus kt cikgu2 baru. maka esok., kita akan dengar mama bebel sepanjang cuti ni. sebab mama dah tak busy. eh..bukan dengar mama bebel. kita sama2 bebel ye mama. heee..

jap. kak chik masak ape? daging.. daging ape? rendang? kari? hah. amik..


daging masak kicap. simple2 suda.. 3 org je pun nak makan. maka.. breakfast kak chik adalah sekali dgn lunch. sbb da tgh hari. itu piring kuih.. bukan pinggan nasi. makan sket2 suda..

hari hujan. lepas makan.. kita main hujan. bagoss!!! pas tu kita bersin. bersin lagi dan bersin lagi!! saje nak tambah penyakit.



get ready untuk main hujan. sorang2. haha. ni mmg bosan tahap gaban. taktau nak wat ape daahh..

dan selepas itu.. kita masuk bilik.. kurung diri. tak kua2.. golek2 dan on9 sampai lebam. dan kita tido!!!

sebelom tido. binatang2 peliharaan stil kat atas katil. dan bile tuan empunya mau tido.. semua akan bergelimpangan di bawah seperti ini..

haaa.. cam ni. kecuali sekor. si katak juling. memang aku pilih kasih. hahaha. tak2.. tak tido lah. bangun pun da lambat. tak kan nak tido lagi. ye dak?? ecewah.. abis tu wat ape?

golek2 sambil bace buku bebeh. sambil2 on9.. abai kan botol kunin tuh. TERSENYUMLAH.. that's y lah kak chik suruh u ol senyum.. bace untuk kali ke bape ntah. ni buku arwah ayah ki. =)

kua bilik jap. tengok ape jadi kat budak2 yang nak spm ni..

fine.. diorang tido. ye2 cakap nak study. tapi godaan dari cuaca lebih mengatasi mood study diorang. maka.. tido lah mereka.. siap selimut bagaii..

kak chik pulak rsa macam.. kan best tutup langsir bilik.. off lampu.. bilik akan jadi dreamy gile.. walaupun di siang hari.

perghhh... jom tido.. tido. tido. tido..


maka dengan itu.. sebagai kesimpulan nya.. hari ini kak chik hanya berkurung dalam bilik. sehingga lah mama pulang..

=)



sekian terima kasih.

dan.. hari ni 27.11.10.. genap 2 bulan ayah pergi.. ayah.. kak rindu ayah sangat2.. rinduuu sangat.. semoga roh ayah sentiasa dicucuri rahmat Nya dan di bangkitkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin.. al-fatihah..

Friday, November 26, 2010

hari kedua: menangkap seekor BB and meet uncle cheng ho.

assalaamualaikum.. hari ini jumaat. 26.11.10

=)
mula kan dengan senyuman. sebab senyum itu sedekah. dan senyum juga bole jadi penyembuh luka dan duka. ecece..

sebut pasal senyum. tetiba teringat masa aku kat matrik dulu. seingat aku time tu ade kem ape ntah. lupa kat mane. tapi area kedah tak silap. dusun ape ntah name tmpat tu. skali dengan kem plkn klo tak silap lagi. heh. ade sorang pakcik.. aku selisih ngan die. then, aku senyum laa kan.. =)
tapi muka die apakkk serius nak mamp. punya laa lebar aku senyum.. ye lah. tak kan la nk jeling plak kan.. tetiba die tanya aku..

awat hang senyum2 kat saya..?

maka aku pun jawab..

sebab senyum tu sedekah cek.. =)

then pakcik tu jwb..

haa btoi..tu laa jawapan saya nk dengaq. trima kasih. =)

aihh.. pakcik ni.. bikin gua cuak je ah.

hoccay everibadi.. kite bukan nak cite pasal senyum sebenaq nya.. eceh. tetiba kluaq loghat penang. tetiba teringat memori dua taun blajaq kt penang. rindu ah.

eh. bukan nak cite psl blajaq kt penang ke apa.. nak cite pasal ape aku buat ari ni.. pi mana? ngan sapa? cari apa? tengok apa? so, ta nak ckp banyak. layan gambaq sudaa..

lepas zohor or lepas kaum2 lelaki menunai kan sembahyang jumaat. kami membawa (haha. ayat 'membawa' tak leh blahh) anak2 jalan2 naik kereta. ke mana? eh. mane2 lah yang boleh cuci mata dan shopping. walopun tiada niat untuk shopping tapi ade niat untuk tangkap sesuatu. heh. cam anak aku plak ek..

okey.. dapat tangkap ape??

owh.. tangkap seekor BB.. bukan Bapak Beghuk. aihh.. BB curve je lah mampu. tapi hak milik sape? suami kah? isteri kah? anak2 kah? ehem2.. taktau. taktau.. =)

testing.. testing.. merasmikan camera encik BB.. IMG00001 ye kawan2. jangan delete. jangan delete. yang pertama harus di simpan. haha. cess.. anak dah kepenatan dan kekenyangan lepas pekena mc d.. ayuh.. kita pulang. hari sudah malam.

eh. belom2. masih tak mau pulang. ayuh. kita ke sana. jumpa cheng ho. Cheng Ho Expo. Kelantan-China International Trade Fair. hari ni hari last


ini diaa.. laksamana cheng ho. or boleh disebut begini.. laksa mana cheng ho? lapaq nih. heee. hanya kepala dan dada yang bidang saje. tiada kaki. tiada tangan. eheh. budak ni aku tak kenal. alang2 die tengah posing untuk mak die.. aku snap skali. mintak halal ye dik...



antara yang menarik perhatian. al-Quran terpanjang yg di tulis kat kain. panjaaaanggg.. memang panjaaang... and satu lagi.. Gold Tooling Quran. al-Quran ni mula2 die ukir kat tembaga. then, tembaga tu die salut ngan emas. macam tu lah lebih kurang yang aku dengar tadi.

dalam banyak2 gamba yang tergantung. yang ni je yang btol2 menarik perhatian aku.. heheh.
tadi mama tengok gamba ni. lalu berkata..

ni sape?? mak cheng ho?

aihh.. mama nih.. bole plak mak cheng ho. taktau ah gmba sape. gamba ni cam menarik je. cam ade value die sndiri je.. tu yg akak snap. hahaha

oohh.. ingat mak cheng ho.. mane laa tau kan.. tapi kulit lain laa plak. hahaha

mama saje wat lawak tengah2 malam..

banyak sebenar nye benda pameran kat dalam tu.. semua dari China. tapi sket je sempat snap. sebab orang ramai sangat. anak2 pun da penat. so, pusing2 je lah. =)

eh kejap. kat expo tu dapat tangkap ape??

haaa.. ini.. ini saje. tambah koleksi yang memang dah berlambak.. hehehe.. tadi pun mama cakap lagi.. gelang lagi.. tak abis2 gelang budak nih. hehe..


sampai umah.. perut cam lapar lagi je. mc d lam perut bertahan untuk sekejap saje.. haihhh.. mama cakap ade cake lam peti ais. eheh. muka teruja.. ade choc banana (all time feveret) ngan yogurt cheese.. mane satu? mane satu? yogurt cheese lah. kongsi ngan mama. makan sorang tak abis. muak kot. eceh. tapi lepas tu aku bantai habis kan adik aku punye choc banana. lapa wehh.. biase ah.

maka.. sampai di sini saja untuk kali ini. hari kedua cuti sem. esok bagaimana?? we'll wait n see ya..

entri ni bermula dengan senyum. maka penutup nya juga harus lah di beri senyuman.

maka dengan itu.. senyum lah kita..

=)

p/s: banyak 'maka' plak entri ni..

p/s/s: aku stil guna hp buruk aku yang da patah dua tu. maka... eh taktau lah. =)

Thursday, November 25, 2010

hari pertama.

assalaamualaikum..

hai.. macam da lame kan tak update kat sini. =)
so, sebagai permulaan cerita.. aku da abis exam and da pun stat cuti. heaven. luaran memang nampak cam heaven. tapi dalam.. haihh.. malas nak cite.

menjawab paper lecturer kegemaran.. erk. kegeraman lebih sesuai. menjawab paper lecturer kegeraman memang 'best'. seperti mau menjerit kat situ jugak. rasa macam.. mau bukak soalan, bace2 soalan. dan terus keluar bilik exam. wokey chah. benda da lepas. jangan nak ingat2 lagi.

hhmm.. balik ke campus selama 3 hari 2 mlm untuk jawab satu paper. dan hari ni.. i'm home lagi bebeh. seperti sudah tau kebosanan yang bakal aku lalui hari ni. sebelom naik bas malam tadi. aku text makcik aku yang bebunyik begini:

cik na. chah balik mlm ni. kalau marsya nak dtg duk ngan chah esok boleh ah. hehe.


wokey chah. itu kemah keming. marsya nak duk ngn chah esok. jumpa esok ya laling.



dengan rela hati aku menawarkan diri nak jadi baby sitter. aihh.. bukan baby lagi dah budak nih. dah besau. dah 5 taun. dari die umo 3 taun, asal aku cuti je, memang die duk ngan aku. senang jaga die nih. tak banyak songeh. bagi kale. bagi ketas. diam ah. buat ilang bosan je. dari aku layan jiwa duk sorang2. baik aku layan budak ni kan...

4 hari lepas. sebelom aku balik campus. tengah tido nih. tetiba rasa cam ade orang duk golek2 tepi aku. aihh.. aku tido sorang kot malam tu. aku bukak je mata, tengok budak kecik ni duk sengeh2 dah kat aku and cakap..

kak chah. mommy anta sya kt sini. suruh kak chah jaga.. hahaha


ewah2 kau.. kak chah da nak balik kuantan da ari ni. baru nak datang. duk ngan kak yaa ek. kak chah da nak balik ptg nih. asal x duduk ngn tok ayah je?


kak yaa pun kak yaa lah. tok ayah tido. tak cekaks (x larat ah)




maka hari ni.. konon nya aku tebus balik ar. ajak die duk ngan aku. so, xtvt kami pada hari ini.. eh jap.. before tu aku tido dulu. and aku suruh die bebel sorang2 dulu. lepas aku bangun tido, aku layan.. hahaha


"kakak, kak chah nak tido arr.. jom arr tido skali. klo xmo tdo, ko bebel dulu sorang2. kul 12 kejut kak chah ek.."
walaupun aku tau budak ni mane nak reti lagi tengok jam.



maka, main laa die sorang2 diri. aku bangun tido, jam da pukul 1.30 ptg. die pun terus tunjuk jam kat aku..


"kak chah. tengok tu. dah pukul 12.. "



haaa.. pale otak ko pukul 12.. tu da pukul 1 laa budak.. hahaha..


okey.. xtvt kami..

melukis, mewarna, dan menggunting. (blakon je ni..) sebab aku yang buat sume. die bebel ang tengok jek.


abaikan tulisan cam cacing. ye. aku yg tulis. tengok gelang die. gelang tu aku baru beli malam tadi. kat teluk cempedak. gelang siput2.. hehe


da siap. ye. macam budak2. memang untuk budak kan.. buat laa macam budak2. aihh

ni bajet die yang buat arr ni. da siap satu.. suruh buat kat adik die plak. haihh. nasib baik arr kak chah ko ni baikk.. ikuuut je..


okey. ni sume barang.. ehem2.. bukan die punye. aku punye. datang sini mmg ta payah bawak mainan dah. semua da di sedia kan. haha. termasuk kale pensil dan kertas. yang si hijau die pegang tu.. kalo ketuk orang susah bangun tido memang best. haha


maka dengan itu... ini lah activity aku.. eh kami.. pada hari pertama cuti sem nih. =)

ok. dah.. itu saja.. =)



Wednesday, November 17, 2010

tahun ini. bulan ini. hari ini.

salam aidil adha


Mudah-mudahan ibadat korban yang kita lakukan sepanjang
Hari Aidiladha dan Hari2 Tasyrik akan diterima Allah. Aminn...




=)



pertama kali aidil adha tanpa ayah. seperti semua nya kelihatan kekok. ape2 pun, semua nya lancar.. :)

Monday, November 8, 2010

hug and kisses..



I find myself wondering...
Did I give you your due
For all that you've done for me
Did I ever thank you?

For all of my childhood memories
For helping me deal with life's stresses
For helping me accept my defeats
And celebrate my successes?

Or for teaching me the value of hard work,
Good judgment, courage, and being true
The laughter, smiles, and quiet times we've shared
Did I ever thank you?

If I have forgotten, I'm thanking you now
You taught me right from wrong....
I hope you know how much you're loved and appreciated
I hope you, instinctively, knew all along.



happy birthday mom.




mama, i'm waiting for ur sms.. saying that "i've banked in rm ***.00 in ur account. luv u. mmuahh."
haha.. then, i'll reply with.. "thnx mom.. luv u much!! mmuahhh"

hahaha..



p/s: esok first paper. wish me luck. =)

Thursday, November 4, 2010

2.30 petang

tetiba rasa sejuk..

tetiba mau masuk lam selimut..

tetiba mau peluk puru2 erat2 ketat2

tetiba sakit perut..

tetiba bersin tanpa henti..

*bersin*


*bersin*


*bersin*

tetiba kena bernafas melalui mulut...


ish..

2.30 pagi

2.30 pagi

perut lapa.. dari tengah hari tak makan ape. eh tipu. tadi dah makan roti. roti mane kenyang beb.
study?? malas dah.. tutup buku.


masak megi tom yam. rendam je.. makan megi.. minum twister.. hah. elok sangat. elok lah.


esok konfem sakit perut.


makan megi. minum twister. sorang diri. sambil layan muvie. The Last Song. layaann.. buku??? tolak tepi. esok pulak bukak. heh.