Monday, December 13, 2010

menconteng dan mewarna



assalaamualaikum..

=)

malas cakap banyak. jom tengok ape kami 4 orang dalam rumah ni wat ape.. sape 4 orang?
aku, mama, toOya ngan adik.. aktiviti di malam hari bersama keluarga. heh.


ehem. conteng2 je. conteng ikan lak kali ni. nak lukis potret muka orang, mmg fail. gua tak terer. setakat conteng2 untuk suka2 menggembira kan hati, boleh laa.. =)




yeah. hasil nya. haa.. ni laa ikan laga. kalau kt klantan jgn plak disebut 'ikan laga' wehh. orang tak knal. kat klantan panggil 'ike kagheing' atau kalau di 'KL'kan nama nya 'ikan karim'.. haha.

oke.. yang ni toOya punya. tapi dengan bantuan mama. haha. die lukis. mama kale. die kale. pas tu mama balik. pas tu die balik. tak aci ouhhh.. aku tak de bantuan pun. hah. dah macam pertandingan mewarna.



dan ini hasil nya.. 'ike kagheing' gak.. tapi mix blood ni. ade kacukan gold fish. hehe. diorang punya siap buih2, siap ade rumpai2, ade batu2, ade air.. aku punya je ikan semata-mata..

jap2. ni mama punya. hehe

gua tak terer gak bab2 main ngan warna ni. sebab tu nmpak buruk sket ikan ni.. ni pun guna luna je. nak guna water kale, lagi lah fail. sekadar suka2. =P

AND it was fun.

sekian.


p/s: terapi.

Sunday, December 12, 2010

TEMBAKFOTO kaklimah dan rumahkaklimah

assalaamualaikum..

=)

tembakfoto di rumahkaklimah. haha. hantukaklimahbalikrumah!! (sebut laju2 cam dlm tv)

jom layan.

adik kaklimah yang baru baik demam dan baru habis spm serta sepupu kaklimah. model kaklimah.



nampak tak tingkap tu? kaklimah lupa ni tingkap bilik or tingkap dapur. maklum lah kaklimah dah lame tak tinggal kat umah ni. adik kaklimah pun da konfius. kalau ni tingkap bilik, tingkap ni laa kaklimah ngan abang2 kaklimah selalu terjun sebab nak bolos dari cikngah yang tak bagi kaklimah ngan abang2 kua umah.

dulu, kat tangga ni laa kaklimah selalu main gelongsor. nk turun mana guna tangga... guna gelongsor yg kat tepi tu haa.. kat depan pintu tu laa kaklimah tolak abang kaklimah ngan kuda beroda peliharaan die skali sampai tergolek kat tangga lalu jatuh ke simen tu haa. bukan ke tanah. sape suruh tak bagi kaklimah naik kuda.. padan muka.

depan rumah kaklimah. ade pokok mangga. kat tepi tu ade pokok cheri. hehe. ade buai. dulu ade buai. pastu takde. skang ni ade balik. dulu, kat tempat buai tu la kaklimah prektis jalan masa mula2 dapat bergerak menggunakan dua kaki.

eh2. ni sepupu kaklimah. skang ni die tinggal kat sebelah umah kaklimah. adik kaklimah pakai gelang peninggalan kaklimah.


haipp2x. orang suruh tunjuk idung. bukan buat idung tettt.. lempang kang!


haaa.. berbalik ke rumahkaklimah. pandangan rumah kaklimah dari seberang jalan. rumah kaklimah ni betol2 tepi jalan besar. rumah kaklimah takde pagar. sesapa yang bukan dari kawasan ni, akan pandang 2 kali kalau lalu depan rumah kaklimah ni. dan dah ade orang benti ambik gamba dan mintak pokok2 yang bertempek kat dinding rumah ni. mungkin nak tanam kat rumah die jugak. haha. pokok2 yang berjuntaian kat wayar letrik tepi jalan tu, memang sengaja ditanam dan dbiarkan menjalar untuk menambahkan lagi efek keseraman rumah kaklimah. dah lame dah kaklimah tinggalkan rumah ni. dah 13tahun.

kaklimah menembakfoto adik kaklimah depan rumah masa raya baru2 ni. rumah ni berpenghuni. tengok2. ade astro tau.. astro beyond lagi u..

kaklimah.


itu saje cite kaklimah dan rumahkaklimah buat kali ini. kaklimah dah tak larat nak taip..
kaklimah bersin. bersin lagi. bersin lagi. dah dapat tanda2 nak demam, jangkit ngan adik kaklimah lah ni.


pesanan kaklimah: sila klik gamba untuk pemandangan yang lebih jelas pada rumah kaklimah. =P

pesanan kaklimah lagi: sesiapa nak shoot cite hantu kat rumahkaklimah ni.. or nak buat tembakfoto pengantin ke.. nk bahagian laman, depan, tepi rumah, blakang umah, bilik air semua boleh. haha. boleh lah hubungi kaklimah atau al-haiy a.k.a jehan kaya iaitu sepupu kaklimah dan abah nya iaitu penjaga rumah kaklimah yang bertanggungjawab mentransform rumah kaklimah menjadi sedemikian rupa (tapi kaklimah suka) di rumahkaklimah. ya. hubungi di rumahkaklimah.. hahaha







Friday, December 10, 2010

haha


kan..?





p/s: untuk sesiapa yang bertunang hari ni. or ade yang kawen ke.. sape2 lah. selamat bertunang. selamat berbahagia.. 'kenangan lama' saya bertunang hari ni. selamat bertunang ye wak. tahniah. phewwit..=)

Thursday, December 9, 2010

KEIKHLASAN. bukan senang.,

assalaamualaikum...

kadang tertnya pada diri. betul ke diri ni ikhlas? ikhlas beramal? ikhlas melakukan kebaikan? ikhlas menyayangi? ikhlas berkawan?

bila persoalkan tentang ikhlas.. tiada jawapan. kita tak boleh kata yang kita ikhlas bantu, ikhlas bagi, ikhlas sayang, ikhlas cinta, ikhlas itu, ikhlas ini.

orang kata, ikhlas tak perlu disebut. tak perlu untuk kita nyatakan "saya lakukan nya dengan ikhlas.." 'saya betol2 ikhlas sayang kan kamu.." "saya beri dengan penuh ikhlas.."

tak perlu. sebab ikhlas itu bahasa hati. kerja hati. orang tidak perlu tau kita ikhlas. diam itu lebih baik. yang penting niat kita. niat ingin membantu kerana Allah. niat beramal kerana Allah

kita pun tidak tau apakah kita sendiri ikhlas atau tak. malaikat yang kerohanian nya tajam pun tidak tahu, mengapa kita yang kerohanian nya tidak tajam mengaku kita ikhlas?

kita rasa kita ikhlas. tapi betol ke kita ikhlas? aku sendiri, still tak reti nak mengikhlas kan diri dengan manusia, apatah lagi dengan Tuhan.

macam mane nak ikhlas? betol kan niat..

macam mane nak tau kita pernah ikhlas ke tak?

contoh nya dalam melakukan sesuatu.. bohong lah kalau aku kate, aku tak pernah mengharap kan pujian. eh. mesti lah. kita buat penat2, sampai siap, elok.. mesti lah mengharap kan orang puji hasil kerja kita kan? nak kan perhatian. dan bila puji.. rasa bunga2 dalam hati.. kalau orang tak ambil peduli, mula la nak terasa hati.. haaa.. ikhlas ke tu? tak kan? sebab niat pun dah tak betol..

sama juga dalam amal ibadah. contoh nya, kita melakukan kebaikan pada seseorang. dan dia melukakan hati kita. dan kita cakap kat die "kau tak patut buat aku camni.. aku ada bila kau susah. aku tolong kau, aku kuat kan kau.. tapi ni yang kau balas kat aku.. kau memang tak kenang budi.." ikhlas ke ni??

pernah tak kita menderma hanya bila tempat tu ade ramai orang.. tapi bila tersembunyi, sesen pun kita tak hulur..

aku tidak hebat dalam describing things.. apatah lagi dalam soal begini. hanya ingin berkongsi ape yang aku rasa. apa yang aku pernah baca. mengukur sejauh mana keikhlasan aku selama ni. atau ape yang aku rasa aku buat dengan ikhlas tu cuma sia-sia..

so, apa kata.. kita sama2 ukur keikhlasan kita. pernah tak kita sesuka hati tanpa rasa malu mengatakan yang diri kita ni ikhlas? biasalah kan.. perkataan memang mudah keluar dari mulut.

dari bacaan, untuk mendapatkan ikhlas amat susah. tapi bila tiada ikhlas, ertinya tiada roh amal. tiada nyawa ibadah. walaupun kita lihat seseorang itu hebat. bermegah dengan setiap amal nya. tapi di sisi Allah, tiada apa2 nilai.. oleh itu, mari lah kita sama2 berdoa kepada Allah SWT:

Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas.
Jadikan usaha kami kerana-Mu.
Jangan diselit di hati kami selain-Mu
Pimpinlah kami wahai Tuhan
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia
Amin. Ya Rabbalalamin.
Ya Mujibassailin,
Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta."


Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah Syurga seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Allah SWT berfirman," Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati." (Muttafaqun'Alaih)


sekian..

p/s: aku budak baru belajar. manusia biasa. masih banyak lagi yang perlu aku perbetol kan dalam diri aku. kalau salah tolong tunjukkan..

Wednesday, December 8, 2010

takperlutajuk II

assalaamualaikum..

sambungan dari yang NI..

tunggu siapa?


mereka.



tapi dia sampai dulu.dia. teman baik dari form 1 sampai form 5. kalau tak sekelas, kami sebilik. kalau tak sebilik, kami sekelas. teman bile aku ngantuk dalam kelas, kau yang tido. dan bile kau ngantuk, aku yang tido. teman sembang time prep. tak cukup sembang kt bilik, kita sambung kat kelas. kan? kan? teman same2 jadi guardline, tolong cover 'kawan' kita dating ngan abg senior lah konon.. kan? kan? owh. itu zaman sebelom form 4. tak matured. konon lah.

tunggu lagi.

sementara tunggu. masuk kedai buku. lame gak dalam tu. tertarik ngan dua ni. =)


dan. sorang lagi datang.. dia. teman sejak form 4.. form 1 sampai form 3 adalah zaman ber geng. die geng lain. aku konon nya geng lain. geng die hot. panas. geng aku konon nya suam2 kuku. eh tak. geng aku sejuk. haih. budak2. sangat budak2 kan? tak sekelas tapi sebilik. same2 gila kat bilik. same lah cam budak sorang lg. tak cukup sembang kat bilik. kami saling melawat di kelas. kelas aku, kelas kau. kelas kau, kelas aku. =)


mekdi saje lah. foodcourt penuh. xleh nak bersizzling. mane2 pun suka. sebab farah yang bayar. haha. ini yang aku suka bila kua ngan die. makan di sapot. orang da bergaji.. nanti i da keje, i blanja u plak ek yang.. =)


dan. ini kami. sekarang.

dan ini. kami. dulu2. muka sume nampak innocent gile.

maka. itu lah kami. memang suka mengukur mall kalau time2 cuti camni. tak mengukur pun tak pe. asal boleh jumpa, duduk dan sembang. sayang kamu semua lah.



to ZaAk. u pun jantung i jugak. haha. saje bikin panass. luv u too. hakhak.
(ingat lagi kah kamu dgn nama ZaAk ni cik etty?)


p/s: ari ni gua rajin crop gmba.

takperlutajuk

assalaamualaikum..

aaa.. ni ari senin dan selasa punya cite.

aku: esok nk gi kb lah. jumpa kwn.

syahir: jom ah. ikut abang tido kt kb mlm ni.. esok abg anta jumpa kwn.

aku: hohoho.. boleh2 (biasa nya ssh aku nak gi klo die ajak tido sana)

mama: aaaa.. bawak skali baju mama yg akak jahit tu. jahit kt sana. nnti x siap lak.

aku: haa.. ye lah. mama asing lah siap2 brg nye.. heheh.


malam lepas isyak

mommy bukak pintu..

maka.. dengan muka tak malu nya..

aku: mommy.. chah nk tido sini.

mommy: ha? nk tido sini? da booking ke bilik nye.? mommy takut bilik penuh je.. maklumlah cuti skolah. nk tido kt mane?

aku cam blur2 lagi.. aihh.. intai lam umah. cam xde orang. asal bilik penuh. haih. bikin aku cuak je.. then, baru aku paham.. oooo saje je mommy ni..

aku: aaa.. tak pe lah.. tido kat dapo pun bole.. hakhakhak.

kak ipar: haaa.. nak dating laa tu. klo x bukan main ssh nk tido sini..

aku: eh. mesti lah.. ahhahaha

malas ah nak taip. let the pictures do the talking.

di masa lapang. pegang jarum dan benang. maka jadi lah begini. baju mama.


sebelom tido. susah tido. sejuk gile.

dan bila bilik bertukar cahaya. terusss smpai ke pagi.

lepas subuh. sejuk gile. lalu bergulung berguling mnjadi ulat.

hari sudah siang. pagi yang sgt sejuk.

jenguk luar tingkap. jenguk bawah. rumput basah. oh. malam td hujan. patut lah.


11 a.m.. jom kua. perjalanan yg sepatut nya 8 minit dah jadi 20 minit. sebab jem. hujan lak tu.

dah sampai.. ape seterus nya..? menunggu.. yess. menunggu..

tunggu sape?



bersambung...


hehe.. =)

Monday, December 6, 2010

it's the end of the chapter and the beginning of a new chapter. 1432 H

assalaamualaikum..

hari ni dah masuk hari terakhir dalam kalendar hijrah. bermula maghrib nanti.. masuk ke tahun baru.. selamat Tahun Baru buat semua..

cepat nya masa berlalu..

fikir kan ape yang telah kita lalui sepanjang tahun ni. ape yang kita telah capai sepanjang tahun ni. kesalahan apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ni.. renung kan setiap kejadian yang berlaku.. yang baik jadikan ia lebih baik di tahun akan datang.. kesalahan2 yang dilalukan, jangan di ulang lagi. yang buruk harus ditinggal kan. mana yang tidak elok, mana yang ada cela.. perbetolkan.. =)

berkongsi..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.


sumber diSINI..


p/s: klik pd gmba untuk lebih jelas.

Sunday, December 5, 2010

kegemaran dan kegeraman

assalaamualaikum..

it's the monsoon season. just can't go anywhere. mau menikmati alam Tuhan, hanya melalui tingkap bilik dan rumah. so, musim2 cam ni, better stay home. duk kat tingkap nikmati bau hujan. =)

dan tunggu tetamu datang umah. dua tiga hari ni ade je tetamu dtg umah. tapi bukan sesapa pun lah. sedara mara gak kan. marsha tu tak payah cakap lah. hari2 pun dtg. kalau tak siang, die datang malam.

tapi semalam ade special guest datang. i just love him so much.. kegemaran dan kegeraman aku..


iqbal. layak panggil aku aunty not kak chah.. anak kawan zubir (abg aku) tapi we're just like a family.. abg kuwe pun dah macam abang ah.. zaman die study dulu, die tinggal kt umah ni. panggil mama dengan "mama". panggil ayah.

so, iqbal ni cam anak buah lah kan. the real anak buah, bakal kelua hujung januari depan. moga2 semua nya selamat. InsyaAllah..


p/s: i just luv kids.. ade sape2 mau anta anak kt umah ni? =)

jiran sebelah

assalaamualaikum..

its already 1.30 a.m.. hhmmm. macam biasa. mata belom mau tido. setelah sekian lama x bukak fb chat. mlm ni saje mau on9 fb chat..

tapi chat ngan sape? jiran sebelah. bukan sebelah rumah. sebelah bilik.



adik bongsu.. die on9 kat bilik die, aku kat bilik aku..saje tegur, suruh tido. tapi dah terbalik. aku plak yang di suruh nya. suruh goreng telor nak mkn ngn roti. lapar rupanya budak ni.

takpe lah. kesian.. lapar.. walaupun da tau die boleh je wat sndiri. tapi saje lah tu. nak manje2 ngn akak die. tapi aku tolong goreng je lah. yg lain wat sndiri ye dik.. =)

lagi pun.. sebelom2 ni ape yg aku suruh, die buat. walaupun byk bebel, tapi die buat jugak. mangsa buli abang2 n kakak2 die. dari arwah ayah ade lagi. sebab die lah yang paling rapat ngan ayah selain aku. ape2 je yg kitorang tak brani mintak stret ngn ayah, die lah yg jadi orang tgh.

so, setakat goreng telor tengah2 malam untuk adik, ape lah sangat kan.. =)


itu saja.

Saturday, December 4, 2010

nokhtah terakhir seorang manusia.

assalaamualaikum..

dah 4 disember ya hari ni.. 4 hari mendiam kan diri. 4 hari melalui hari yg sgt down. ermm.. 4 hari juga bangun tido dengan mata bengkak. dan ini-bukan-mata-aku.. dan 3 malam menyelinap masuk bilik mama. tido di bantal ayah. i miss him so.. so.. much.. seperti aku penah cakap, luaran aku nampak riang, nampak hepi.. dalam aku lain. lain sangat.. hhmm..




malam 30 november.. ayah su dipanggil menghadap Ilahi.. perjanjian nya bersama Tuhan sudah tamat. perjalanan hidup mereka dah sampai ke titik nokhtah yang terakhir.

bila sampai ke nokhtah yang terakhir, maka terputus lah segala tulisan pahala dan amalan pada hayat nya.. hanya 3 perkara yang di bawa.. sedekah jariah, ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)



semoga roh ayah dan ayah su aman di sana dan sentiasa di cucuri rahmat. al-fatihah.