Sunday, December 18, 2011

kami sayang mak kami

assalaamualaikum..

entri sesaje. gamba je.



'kami sayang mak kami'


owh. aku kata ini seni. jangan delete!

ok. bai..

p/s: redha tu ikhlas. pasrah tu menyerah. so, aku pilih pasrah untuk rabu ni.

Wednesday, November 23, 2011

wordless Wednesday ke?

assalaamualaikum..

orang lain punya wordless wednesday letak satu gamba je. tapi aku nak letak banyak gamba. dan wordless wednesday aku memang tak wordless sangat lah.


nah. kebizian final year student ngan project masing2. gamba2 semua di snap siang tadi kat lab.






macam ni la sejak kebelakangan ini.. kalau experiment pun tak setel lagi, thesis apatah lagi.. experiment ngan thesis aku pun ke lauutt lagi nih.

good luck everyone!

ok. sekian.


p/s: hah. wordless lah sangat.

Sunday, October 30, 2011

terbodo


assalaamualaikum..


aku bosan. bukan tak de keje. keje nya banyaaaakk sangat. memang banyak. tapi kalau dah malas, macam ni lah. terbodo sekor aku. aku text kawan aku yg duk kat blok sebelah. dia pun kata duk terbodo jugak..

time banyak keje ni lah mood nak update blog datang. ceh. tido dah 3 kali. bangun tido pun tetap terbodo. bangun tido, makan. lepas makan, tido. mane nya tak gemok.. mamee monster dah ntah brapa pack dah habis. menelan je keje.

bosan. cakap bosan macam semua keje dah setel. padahal ada 2 assgnments and 1 lab report kena submit minggu ni. tu tak termasuk thesis writing. busy wehh.. tapi lagak gaya macam orang takde keje.

pergi basuh baju dengan harapan lepas basuh baju takde lah rasa terbodo lagi kan.. tapi sama je macam. tetap terbodo.. aihhh.

[note: definisi 'terbodo' dari kawan blok sebelah. terbodo kat sini bukan maksud kitorang bodoh, maksud nya mulut ternganga cute2 badan gemok2 rambut serabai ngadap laptop tapi taktau nak buat apa even banyak keje.]



ok. dah.

sekian.


p/s: ada cerita nak cerita. tapi nanti lah. nanti. simpan dulu.


Wednesday, October 26, 2011

#1 wordless wednesday


ni 1st time buat wordless wednesday.. tapi tak wordless sangat lah..



adik-adik aku.. i miss them damn much!! nak balik. ni gamba semalam. celebrate birthday that lil girl (cousin) and hud (sebelah that lil girl). serius jeles.


ok.

sekian.


Tuesday, October 25, 2011

terimakasihdaunkeladi,adamasajumpalagi.

assalaamualaikum..

just came back from johor. serius penat. walaupun jadi co-driver je. tapi penat gile. tadi bertolak pukul 3 ptg.. pukul 6.30 dah terpacak kat kuantan. gile laju . memang tak tido la sepanjang jalan.

on the way pegi johor hari tu pun sama. cakap je nak tido, tapi tak tido pun. sikit pun tak tido. mata penat. tapi aku ni jenis yang susah nak tido lam kete kalau pjalanan jauh.. tambah2 naik pulak kete ngan geng2 cakap tak de nye nak bhenti. kalau layan lagu plak, stok2 memang layan betol. macam kat karaoke. lagi laa takde rasa ngantuk. tapi enjoy..

btw.. thanx to all my friends yang sama2 pegi johor. thanx to jah and family. terima kasihhh banyak2 menghampiri infiniti.

thanx to pojan and family. thanx to haziq and family. thanx a lot ya..

dan juga special thanx to ning (my makcik) yang rela kena paww kaww2 punya. hehe. jasa mu dikenang.. luv u la ning. .mmuahhh. :-*
and sorry tak dapat stay lama2 kat sana.. busy maa... :)


ok. itu saja.


sekian.

Friday, October 21, 2011

penat dan tenat.

assalaamualaikum..

tak tau nak cakap apa. tapi nak update jugak sebab nak hilang kan ngantuk. aku tak tido lagi dari petang semalam (khamis) sampai la saat post ni di taip (jumaat 12.17 pm). sebab semalam siap kan draft thesis and progress report for final year project. well.. ini lah aku. suka kerja last minute. tu pun tak tau laa menepati apa yang dikehendaki ataupun tak. macam tak yakin sangat dengan apa yang aku submit. *sigh

otak penat. mata penat. badan penat. tapi kena tahan. sebab nak simpan tido ni untuk tido lam kete on the way ke johor jap lagi. takde makna nya laa aku nak menikmati panorama sepanjang perjalanan nanti. memang mind set nak tido je lam kereta. sumpah penat.

minggu ni, minggu paling penat. paling tenat. paling stress. setakat ni la.. minggu2 akan datang ni tak tau lagi macam mana. tapi this whole sem memang aku akan sentiasa busy. ceehhh..

dengan itu, sekian.

bye.




p/s: i miss ayah. i miss my mom. i miss bambey. semoga mama and bambey sentiasa sehat2 saja kat sana dan mendapat haji yang mabrur... i miss everyone at home. nak balik!!


p/s/s: tak tau nak letak tajuk ape.

Monday, October 17, 2011

i wish...






u could hear all the words i'm afraid to say..











p/s: hectic week. stress gile.. :(


Saturday, October 15, 2011

mood ke laut


  • malas bercakap
  • ingin memaki tapi tak lepas.
  • lemau
  • menyampah dengan semua situasi
  • nak balik
  • nak balik
  • nak balik
  • nak nanges

sekian.

Wednesday, October 12, 2011

lebih kurang je macam.

assalaamualaikum..

hye! blog telah berubah wajah.. update jarang, tapi ada hati nak tukar template bagaii. haktuiii!

ubah. tapi macam sama je dengan yang dulu..
ceh.


ok. sekian.


p/s: rindu nak update blog. tapi sekarang ni tengah busy gila. gila2 punya busy.

Tuesday, August 16, 2011

(っ˘з˘)っ (⌒˛⌒ )

assalaamualaikum...

aaaa.. lama gila tak update blog. tapi yang ni bukan update sangat pun. just a quick update since da lamaaaaaa tak tulis apa2 kan..

jam sekarang menunjuk kan 5.31 pagi.. selamat sahur!!

kita dah masuk fasa ke-2 ramadhan.. guna kan lah waktu2 yang ada dalam ramadhan ni untuk kutip pahala sebanyak mungkin.. =)

o.k.. aku tak kan buat tazkirah 'tazkiyatun nufus' kat sini hari ni.. nanti kang panjang plak..

dan..
sahur untuk hari ni.. simple saja..aahh ye. sahur dalam bilik.

selamat berpuasa...


p/s: thanx for all the birthday wishes yaww.. =)

Tuesday, July 5, 2011

hallowww

assalaamualaikum..

halllowwww!! apa kabar semua eee?? sudah lama nye pun tak berblogging aduhaiii.. hah. demam ah cai. cakap pn nak tiru ah cai.

dah.

hanya mahu say 'haii' to this blog. bukak balik blog ni. kenapa? sebab tak de benda nak buat walopun next week ada 2 paper menanti. tapi itu next week. rilek2 dulu jap. walopun dalam hati risau tahap langit ke 7, muka mesti mentenn.. itu yang aku pegang sejak dari awal masuk U. walopun kadang2 terlepas jugak muka tension. hah.

next entry?

tak tau lagi bila. haha.

ok.

bye.

Wednesday, June 22, 2011

the best moment ever.

assalaamualaikum..

hai.. lama gila takde update kan.. hari ni tergerak hati nak update sket. tapi gamba aje lah. nak cerita panjang2, nanti bila ada masa yang sesuai lah. ;)

27th may - 9th of june 2011.

KB-KL-Dubai-Madinah

Jeddah-Dubai-KL-KB


umrah dan ziarah ngan family. Alhamdulillah..diberi peluang mengerjakan umrah bersama keluarga.. that was the best moment ever. Thank You, Allah.

Subhanallah.. tak dapat nak gambar kan macam mana sedih nya bila kali terakhir pandang kaabah sebelom meninggal kan tanah haram.

moga2 dimurah kan rezeki dan di panjang kan umur dan diberi peluang lagi untuk menjejak kan kaki ke sana..








dah. ni je gamba yang ada dalam simpanan. tak sempat nak transfer. lepas balik, nak rilek lama2 kat rumah pun tak sempat. dua hari je kat rumah. terus kena balik univ..

ni pun busy semacam je. aitcheh. quiz ngan test every week. tajuk2 yang aku tinggal sepanjang 2 minggu kat sana pun tak terkejar lagi ni.. harap2 terkejar lah. :)

ok. sampai sini saja.

Friday, May 20, 2011

just wait and see.

assalaamualaikum..

well.. it's petang jumaat everibadi. tak ada apa yang boleh di laku kan melainkan guling2 atas katil sambil online.. tengok balik movie2 yang terkumpul dalam laptop nih. aihh. bosan.

keluar? tak de makna.. musim2 sengkek ni memang tak memberi makna apa kalau keluar. serius. walaupun tak shopping. walaupun aku bukan kaki shopping. tapi kalau keluar dengan duit cukup2 je nak idup, memang tak memberi makna apa2. sekarang ni semua perlukan duit. unless, ada orang nak blanja. wa ni student beb. maka, ini memang perkara biasa.

tapi kalau angin gila nak keluar beronggeng bersama teman, angin nak makan mekdi ke datang.. keluar tetap keluar. tak de duit pun, aku keluar jugak. eheh.

dah.

serius. aku kurang bermood nak update kat sini. tak2. aku takde idea. kadang2 rasa macam ada banyak benda nak cerita. banyak benda nak kongsi. tapi bila nak start taip. semua ilang. penah rasa tak? penah tak? last2, aku save je kat draft. last2 aku delete balik post2 tu. aihh. sebab tu post aku makin sikit tiap bulan. kalau dulu, pantang cuti. hampir tiap2 hari ade post. tapi sekarang.. boleh tengok sendiri banyak mana.. kan?

tapi may be setakat hari ni je kot mood aku cam ni. harap2 lah. heheh. dan mungkin ada banyak updates lepas ni. mungkin. mungkin. aku cakap mungkin.

just wait and see.. =)

dah.

Wednesday, May 18, 2011

entri tiada motif. hanya ikut jari yang menaip.

assalaamualaikum..

hari ni terasa macam nak buat entri yang panjang. setelah lama blog di biar kan sepi tanpa entri yang panjang2. hah.

tapi serius aku tak tau nak bebel apa skarang ni. so, ikut je tangan yang menaip. nak cerita pasal final? ahhh blahhh.. final exam memang membunuh. sentiasa. salah siapa kalau bukan diri sendiri. hanya dua perkataan. PADAN MUKA!

before exam? berseronok. parteii!! parteii!! lepas satu paper.. terus menuju ke shah alam. jumpa orang tersayang. eheh. dan menunai kan janji sebab aku janji nak gi minggu sebelom tu tapi di sebab kan hal2 yang penting, yang menyayat hati, meruntun jiwa berlaku kat rumah (hah. ayat!), plus nak setel kan hal2 yang berkaitan keberangkatan pada minggu depan, maka tarikh ke shah alam di posponed kepada lepas 1st paper..

shah alam. tunai kan janji. nak jenguk dia. rindu. rindu giler.. biar lah dia tak tau apa itu rindu pun. tapi aku rindu dia. hahaha. nah. ini dia.

3, 4 hari jugak lah kat sana. melawat kawan2 yang nak exam. macam aku ni takde exam nak gi melawat kawan2 yang nak exam. tak keluar ke mana pun. just berlegar kat shah alam. terima kasih buat nana dan housemates sebab membenar kan aku melepak seharian di rumah korang.

terima kasih juga buat etty dan housemates juga. terima kasih etty sayang busuk2 (haha) sebab teman aku round shah alam cari klinik yang punya stok vaksin untuk aku. eheh. terima kasih daun keladi. tapi lupa arr.. nak bergamba. kita selalu lupa bergamba kalau kelua bersama kan. aihh..
nah. gambar curi kat fb. ahhaha.

setelah penat berpusing2 cari klinik dan habis kan rm 100++ untuk satu suntikan. aku ajak etty makan kfc. tu je yang paling dekat.. aaa.. belanja time bebeh. lagi pun bukan selalu kan.. tetiba terlintas nak roger apiq. my childhood fren. ecewah. aku text dia.. tanya dia study ke? dia kat mana? dia reply. tak study. aku kat shah alam.

aku tau laa kau kat shah alam.. aihh. tak sempat aku reply, dia call tanya kenapa.. eheh. aku cakap aku kat sekian2 dan sekian2. ajak dia lepak sekali. tak sampai 10 minit terpacak dia depan kfc. wuuhhuu.. aku tanya nak makan tak. cakap taknak. malu laa konon. depan etty. poyo laa malu. orang nak belanja kot. bole plak cakap dia baru frust tak boleh makan burger. ngidam nak makan burger. tup2 dapat makan burger kfc. memang rezeki. ahaha. senget.


ni pun gamba tanpa izin dari fb dia. haha. sori wehh.

apiq. pelajar uitm shah alam. dan juga photographer. ahah. apsal tetiba nak kelua cerita pasal dia nih.? kan dah cakap tadi. aku ikut jari yang menaip. mamat ni kawan aku dari kecik. dari umo 6 tahun. sampai sekarang. mak dia mengajar aku dari aku umo 6 tahun sampai darjah 6. sampai sekarang dia tetap cikgu aku. sampai bila2. wuuhuu.. i heart u lah cikgu. zaman kecik2 dulu rajin arr tido rumah dia. wat buku skrap.. aihh. kenangan.

aku dengan si apiq nih takdak nak malu2 eh. aku menyembang sambil makan burger mulut comot2 sos sampai pipi takde nak cover2. sebab ape? sebab aku kenal dia dari dia kecik. dari dia tak berapa reti nak bersembang sampai laa dia banyak cakap. banyak cakap sampai dah pandai bercerita pasal gfriend dengan aku. haha. cerita frust.. bla bla bla..

ohh.. dia tak available. dah ade awek. manis awek dia. comell. haha. lepas frust dulu konon nya tak nak bercinta dah. sekali. hah. amik ko.. tak sampai setaun ek? ke lebih? dah ada awek baru. haha. nak kawen 4 tahun lagi.. perancangan. bagoss! kumpul duit banyak2 baru bole pinang anak orang ye piq.. haa.. sape2 nak upah photographer, boleh la cari dia.. eheh.

ok. dah.. apa lagi mau taip? apa lagi..?

sekarang ni aku kat mana? masih kat ump. masih. tak balik2 lagi. sayang nak tinggal ump. sayang sangat. dem. padahal dalam hati meronta-ronta nak balik. tak pe. bertahan. seminggu je lagi. minggu depan dah boleh balik. yeay!! balik. tapi tiket belom beli. aihh. esok2. esok nak beli tiket. yaa.. esok.

dah sekian. entri merepek merapu ikut jari yang menaip. eheh. ini blog aku. ikut suka aku nak taip apa pun.

bye.

Sunday, May 15, 2011

jemputan kawen.

assalaamualaikum..

exam dah habis.. =)

tapi aku masih lagi kat bumi gambang terchenta nih. aihh.. bosan weii. bosan.

on lappy. tengok fb. dapat beberapa jemputan kawen. OMG!!

dulu.. takde pun nak dapat jemputan kawen. sekali da dapat.. rasa macam. aihh.. umo aku ni da layak kawen ek? hahaha

asal semua orang nak kawen awal ni? asal? asal?

ok. jodoh da sampai.

semalam salah sorang kawan aku yang skang ni tengah wat master of architecture, dah selamat nikah.. tapi bukan kat sini lah. kawen kat oversea u.. tahniah la wehh. nanti balik malaysia, sila wat majlis kat sini. jemput aku sekali. eheh. semoga berbahagia selalu bersama isteri ya.. cewahh..

yang kawen bulan 6 ni pun ade laa 3, 4 orang.. tapi aku dah mintak maaf awal2 kat diorang.. tak dapat nak hadir kan diri ke majlis sebab aku takde kat sini time majlis dorang. dah ucap tahniah awal2 dah. huhu..

kalau majlis lepas aku balik sini, boleh laa nak pegi kot. tapi semua nya sebelom aku balik. ummm..

hah. kawan2 yang lain bila lagi? jangan lupa jemput aku okeh. hehe.

bye.

Wednesday, May 4, 2011

counting days.

2 more paper to go..

13 mei baru habis.. lagi 10 hari wehh.

and

i'm counting days for this too..





bye. =)

Saturday, April 23, 2011

kembali.

assalaamualaikum..

heyyaa..

aku akan kembali berblog kat sini. eheh.

amacam? setuju? (gua mmg bajet. konon nya banyak reader)
haha.


nah. gambar terbaru sebagai tanda pengembalian aku kat sini selepas berbulan bulan. heh


tapi setakat ni takleh nak seronok2 update lagi sebab final exam tak lepas lagi weh. (caitt! alasan)

oke bye.. =)

Sunday, March 6, 2011

=)

assalaamualaikum..

lama tak post apa2 kat sini.
3 bulan. lama tu.

saja datang jenguk 'antara koma dan nokhtah'

aku ada. tak ke mana.
cuma bukan kat sini.

=)