Friday, May 20, 2011

just wait and see.

assalaamualaikum..

well.. it's petang jumaat everibadi. tak ada apa yang boleh di laku kan melainkan guling2 atas katil sambil online.. tengok balik movie2 yang terkumpul dalam laptop nih. aihh. bosan.

keluar? tak de makna.. musim2 sengkek ni memang tak memberi makna apa kalau keluar. serius. walaupun tak shopping. walaupun aku bukan kaki shopping. tapi kalau keluar dengan duit cukup2 je nak idup, memang tak memberi makna apa2. sekarang ni semua perlukan duit. unless, ada orang nak blanja. wa ni student beb. maka, ini memang perkara biasa.

tapi kalau angin gila nak keluar beronggeng bersama teman, angin nak makan mekdi ke datang.. keluar tetap keluar. tak de duit pun, aku keluar jugak. eheh.

dah.

serius. aku kurang bermood nak update kat sini. tak2. aku takde idea. kadang2 rasa macam ada banyak benda nak cerita. banyak benda nak kongsi. tapi bila nak start taip. semua ilang. penah rasa tak? penah tak? last2, aku save je kat draft. last2 aku delete balik post2 tu. aihh. sebab tu post aku makin sikit tiap bulan. kalau dulu, pantang cuti. hampir tiap2 hari ade post. tapi sekarang.. boleh tengok sendiri banyak mana.. kan?

tapi may be setakat hari ni je kot mood aku cam ni. harap2 lah. heheh. dan mungkin ada banyak updates lepas ni. mungkin. mungkin. aku cakap mungkin.

just wait and see.. =)

dah.

Wednesday, May 18, 2011

entri tiada motif. hanya ikut jari yang menaip.

assalaamualaikum..

hari ni terasa macam nak buat entri yang panjang. setelah lama blog di biar kan sepi tanpa entri yang panjang2. hah.

tapi serius aku tak tau nak bebel apa skarang ni. so, ikut je tangan yang menaip. nak cerita pasal final? ahhh blahhh.. final exam memang membunuh. sentiasa. salah siapa kalau bukan diri sendiri. hanya dua perkataan. PADAN MUKA!

before exam? berseronok. parteii!! parteii!! lepas satu paper.. terus menuju ke shah alam. jumpa orang tersayang. eheh. dan menunai kan janji sebab aku janji nak gi minggu sebelom tu tapi di sebab kan hal2 yang penting, yang menyayat hati, meruntun jiwa berlaku kat rumah (hah. ayat!), plus nak setel kan hal2 yang berkaitan keberangkatan pada minggu depan, maka tarikh ke shah alam di posponed kepada lepas 1st paper..

shah alam. tunai kan janji. nak jenguk dia. rindu. rindu giler.. biar lah dia tak tau apa itu rindu pun. tapi aku rindu dia. hahaha. nah. ini dia.

3, 4 hari jugak lah kat sana. melawat kawan2 yang nak exam. macam aku ni takde exam nak gi melawat kawan2 yang nak exam. tak keluar ke mana pun. just berlegar kat shah alam. terima kasih buat nana dan housemates sebab membenar kan aku melepak seharian di rumah korang.

terima kasih juga buat etty dan housemates juga. terima kasih etty sayang busuk2 (haha) sebab teman aku round shah alam cari klinik yang punya stok vaksin untuk aku. eheh. terima kasih daun keladi. tapi lupa arr.. nak bergamba. kita selalu lupa bergamba kalau kelua bersama kan. aihh..
nah. gambar curi kat fb. ahhaha.

setelah penat berpusing2 cari klinik dan habis kan rm 100++ untuk satu suntikan. aku ajak etty makan kfc. tu je yang paling dekat.. aaa.. belanja time bebeh. lagi pun bukan selalu kan.. tetiba terlintas nak roger apiq. my childhood fren. ecewah. aku text dia.. tanya dia study ke? dia kat mana? dia reply. tak study. aku kat shah alam.

aku tau laa kau kat shah alam.. aihh. tak sempat aku reply, dia call tanya kenapa.. eheh. aku cakap aku kat sekian2 dan sekian2. ajak dia lepak sekali. tak sampai 10 minit terpacak dia depan kfc. wuuhhuu.. aku tanya nak makan tak. cakap taknak. malu laa konon. depan etty. poyo laa malu. orang nak belanja kot. bole plak cakap dia baru frust tak boleh makan burger. ngidam nak makan burger. tup2 dapat makan burger kfc. memang rezeki. ahaha. senget.


ni pun gamba tanpa izin dari fb dia. haha. sori wehh.

apiq. pelajar uitm shah alam. dan juga photographer. ahah. apsal tetiba nak kelua cerita pasal dia nih.? kan dah cakap tadi. aku ikut jari yang menaip. mamat ni kawan aku dari kecik. dari umo 6 tahun. sampai sekarang. mak dia mengajar aku dari aku umo 6 tahun sampai darjah 6. sampai sekarang dia tetap cikgu aku. sampai bila2. wuuhuu.. i heart u lah cikgu. zaman kecik2 dulu rajin arr tido rumah dia. wat buku skrap.. aihh. kenangan.

aku dengan si apiq nih takdak nak malu2 eh. aku menyembang sambil makan burger mulut comot2 sos sampai pipi takde nak cover2. sebab ape? sebab aku kenal dia dari dia kecik. dari dia tak berapa reti nak bersembang sampai laa dia banyak cakap. banyak cakap sampai dah pandai bercerita pasal gfriend dengan aku. haha. cerita frust.. bla bla bla..

ohh.. dia tak available. dah ade awek. manis awek dia. comell. haha. lepas frust dulu konon nya tak nak bercinta dah. sekali. hah. amik ko.. tak sampai setaun ek? ke lebih? dah ada awek baru. haha. nak kawen 4 tahun lagi.. perancangan. bagoss! kumpul duit banyak2 baru bole pinang anak orang ye piq.. haa.. sape2 nak upah photographer, boleh la cari dia.. eheh.

ok. dah.. apa lagi mau taip? apa lagi..?

sekarang ni aku kat mana? masih kat ump. masih. tak balik2 lagi. sayang nak tinggal ump. sayang sangat. dem. padahal dalam hati meronta-ronta nak balik. tak pe. bertahan. seminggu je lagi. minggu depan dah boleh balik. yeay!! balik. tapi tiket belom beli. aihh. esok2. esok nak beli tiket. yaa.. esok.

dah sekian. entri merepek merapu ikut jari yang menaip. eheh. ini blog aku. ikut suka aku nak taip apa pun.

bye.

Sunday, May 15, 2011

jemputan kawen.

assalaamualaikum..

exam dah habis.. =)

tapi aku masih lagi kat bumi gambang terchenta nih. aihh.. bosan weii. bosan.

on lappy. tengok fb. dapat beberapa jemputan kawen. OMG!!

dulu.. takde pun nak dapat jemputan kawen. sekali da dapat.. rasa macam. aihh.. umo aku ni da layak kawen ek? hahaha

asal semua orang nak kawen awal ni? asal? asal?

ok. jodoh da sampai.

semalam salah sorang kawan aku yang skang ni tengah wat master of architecture, dah selamat nikah.. tapi bukan kat sini lah. kawen kat oversea u.. tahniah la wehh. nanti balik malaysia, sila wat majlis kat sini. jemput aku sekali. eheh. semoga berbahagia selalu bersama isteri ya.. cewahh..

yang kawen bulan 6 ni pun ade laa 3, 4 orang.. tapi aku dah mintak maaf awal2 kat diorang.. tak dapat nak hadir kan diri ke majlis sebab aku takde kat sini time majlis dorang. dah ucap tahniah awal2 dah. huhu..

kalau majlis lepas aku balik sini, boleh laa nak pegi kot. tapi semua nya sebelom aku balik. ummm..

hah. kawan2 yang lain bila lagi? jangan lupa jemput aku okeh. hehe.

bye.

Wednesday, May 4, 2011

counting days.

2 more paper to go..

13 mei baru habis.. lagi 10 hari wehh.

and

i'm counting days for this too..





bye. =)