Sunday, November 18, 2012

changes.

assalaamualaikum..

haaa... ni bangun2 terus ade perasaan tiba2 nak update blog. tiba2. haha. walaupun.. taktau nak cakap ape. eh ade. kebelakangan ini. eceh. kebelakangan kottt.. selalu jer terfikir psal perubahan hidup.. yeahhh.. setiap hari ade je yang berubah. tak kira lah besar ke kecik kan.. tapi mesti ade kan..

hhhmmm.. kadang2 kan, kita rasa cam kita ni ada kat tengah2 satu bulan yang mana sekeliling kita adalah semua benda yang kita mahukan. semua.. macam yang kita rancang, macam yg kita nak.. dan adakala nya bila sampai satu tahap yang mana kita berada dalam excited state, ade sesuatu yang luar kawalan kita datang dan bumps us off the center.. hhhmmm.. how nice it would be if we could get everything just the way we want it and say, "okay, now stay.." tapi still, nothing stay the same kan..

kita membesar, meninggi, melebar, berkawan, ilang kawan, jumpa kawan baru, rasa macam2. sedih, kecewa, suka, marah, perit, sayang, kasih and sometimes we asked ourselves why... tapi sebenar nya setiap ape yang kita lalui, changed us in some way.. setiap org baru yg muncul dalam hidup kita ubah kita. setiap dilema dan emosi yg kita lalui ubah kita. cuma nya.. semua terletak pada kita lah nak decide bagaimana seterus nya.. making decision. nak terus berubah or stay the same. that is how character kita develope kan..?? ke bukan?? hahahaha

tapi, in some way.. kalau ia nya ke arah kebaikan.. apa salah nya kita berubah kan.. x luak pun. x rugi sesen pun aihhh.

hahaha. cam serius je kan entri tetiba aku kali ni. sebenar nya untuk mengingat kan diri sendiri jugak.. orang cakap, tetiba terlintas.

ok. sekian..

p/s: weekend. bosann dowhhh..

Saturday, November 3, 2012

tiba-tiba

assalaamualaikum..
haaa.. mesti pelik kan tengok tajuk 'tiba-tiba'.. ceh. bajet macam ade lagi readers kt blog nih. takpe. takpe. kenapa tiba-tiba? sebab tiba-tiba saja ade ade hati nak update blog. kalau xde perasaan tiba2 camni, maka tiada lah entri nya..

banyaakkk sangat hal dalam 2 3 bulan nih. oh ya.. aku dah grad!! yeay!(sambil angkat tangan sebelah, dan buat muka comell. peh. comelll sangat!!)


dan aku dah keje. yeay!! Alhamdulillah.. walaupun aku ni blaja pun tak terrer mana. malas plak tu masa zaman blaja dlu. tapi syukur.. aku dapat keje awal. syukur lah dengan rezeki yang ada.

itu pun.. ade hati lagi aku nih gi apply keje kt tmpat lain. kalau dicampur campur bulan 2 taun depan, dah setahun lah aku kt port klang darul kontena nih. cakap pasal keje, dalam aku duk keje ngan company skarang ni pun, aku ade gi interview tmpat lain. saja cuba2. mana tau, ade rezki lebih kat sana. and guess what? aku dapat offer keje situ. akan tetapi!! tetapi.. bila difikir fikir balik. tempat nya jauh ngn tmpat tinggal aku skarang, nak cari rumah baru satu hal dan tanggungjawab aku nanti sangat lah besar. i have to deal with consultant from japan, i have to set up the lab sebab diorang bukak lab baru, i have to do the R&D, QA, QC and also the documentations. macam audit ISO sume tu lah. yang aku sndiri pun tak paham. n i have to lead a team of 6-7 people.

COME ON!! aku ni fresh grad! untuk tanggungjawab yang besar cmtu, mmg aku tak berani la nak ambik. bos tu suruh aku pikir untuk jangka masa panjang. untuk jangka masa yg panjang, memang lah sangat2 berguna utk aku. tapi aku kena pikir utk jangka masa pendek jugak kan walaupun dia cakap dia x kisah aku xde experience asal kan aku boleh bagi komitmen dan dia akan ajar n train aku every single thing. gaji? dia nak bagi sama je ngan gaji aku skarang for 3 months probation period lah. tetapi dgn elaun petrol, kenderaan yang agak lumayan jgk lah kot. akan tetapi orang tua nih tak nak gtau lah plak gajo after 3 months tu.. aku bajet agak tinggi dan lumayan jugak lah. sebab keje nye pn banyak kan, stress pun confirm2 la kan. aku diberi 24 hours untuk buat keputusan. if yess, dia akn terus bagi offer letter and aku boleh anta resign letter to company aku skarang. the next week, aku bole lapor diri.

gile??? apa aku buat? aku tanya pendapat semua orang. rata2 mengatakan, kalau x ready, gaji lebih kurang je ngn skrang, travel jauh lagi, jangan ambik! tapi orang 1st yg aku tanya adalah mama aku lah. when it comes to mom, the answer is, istikharah. and i did it. esok nya, gerak hati aku mengatakan tak nak tanpa penyesalan. maka stay lah aku kat port klang darul kontena ni lagi. hoho

tak pe lah.. rezeki kat mana2 kan. semua nya datang dari ALLAH S.W.T. sudah tertulis sumber rezeki pertama aku dari sini. kalau mahu lebih, usaha lebih, doa dan tawakkal. InsyaALLAH dimurah kan rezeki. huhu. tetiba ustazah kejap.

maka.. itu lah cerita tiba-tiba untuk kali ini. hehe.

sekiaannn..

Friday, August 31, 2012

kahkahkah. merdeka???

merdeka???


kah kah kah.


puiii.


ok. itu saja.




p/s: blog gua. gua punya suka! kasar tak? heh.

Sunday, August 26, 2012

cerita raya???

Assalaamualaikum..

hehe. hari ni bangun awal. dan tetiba saja punya mood nak update blog. tetiba saje. tetiba yer.. kalau tak de perasaan tetiba cam ni, maka blog ini akan bersawang lah entah sampai bile. heh.

sama seperti entri yang lepas,(eceh. seperti..) aku pun tak tau nak tulis pasal ape. sebab skang ni raya kan.. aku nak cakap pasal raya lah. raya aku tak de lah meriah macam orang lain. tapi bagi aku, ia dah cukup meriah dah untuk family kitorang. bersederhana je lah. tak de over2 nak tukar pagar baru. sofa baru, senang cite tukar semua baru lah. tak de. tak de. tak penah sekali pun. hehe

kuih raya pun bukak yang orang bagi je kott. sbb kuih raya yg ditempah dicuri. hahaha. penah sgr tak kuih raya kena curi. ada ok.. kawan makcik aku yg buat biskut raya untuk jual laa kan. dia buat banyaaakkk sangat. smpai x muat nk simpan dalam umah. maka berpuluh puluh kotak besar dia letak lua rumah. sekali amik kauuu. semua kotak kena curi.. maka.. takde lah biskut raya rumah aku. hahaha.

raya ke-2 cam biasa lah. gathering with family sebelah arwah ayah. semua sepupu sepapat, tok sedara, nenek sedara, sepupu jauh, dekat.. semua ade. setiap raya ke 2 mesti ade. wajib. ramaiii gile. walaupun ayah aku dah takde, nenek n tok wan aku dah takde. hubungan ngn sedara mara belah ayah tak kan putus. tak kan. dah 20 taun lebih kott wat cam ni. dan skang ni dah sampai ke generasi ke-5.. kire ah berapa ramai.. hoho.

ni gamba gathering 2 tahun lepas. masa arwah ayah ade lagi. gamba latest takde. hehe. ramai tak?? ramai tak??


petang lepak2 kat rumah je. tengan sedap2 tido, baju raya pun bertukar kepada baju t-shirt ngn seluar aladdin dah, datang plaaakk jiran sebelah datang beraya. jiran yang dapur dia sebelah bilik aku jer. dorang tumbuk sambal belacan pn dengar. nasib lah diorang jarang ade kat umah. Dato', Datin dan anak2 yang sangatt kelasssss kau mariaaa.. CEO kilang chemical ape ntah bapak nye. kawan sekelas n sekolah mama zaman muda2 dulu. mak bapak nye dah ok dah, rilekk je. datang tang anak, puiiii!! salam pun tak nak tengok muka. dah blahhh. setakat belajar taylors college dengan reta mak pak, tak payah nak belagak sangat lah hoiii. aku hidang teh o jer ngn biskut raya jer. makanan semua dah habis. rumah aku standard ah.. datang lah, dato', tan sri or whatsoever as u call them berpangkat, teh o je aku angkat. titik. haha.


with lil aufa. on raya ke-2.. hehe. aufa pakai ariani ok.. chachah pakai tudung bawal 10hengget jek..



raya ke-3, biasa2 saje. lepak rumah dan pegi ke rumah orang yang membuka rumah. haha. open house. rumah kawan mama, rumah sedara. tang umah sedara tu yg best. rumah kampung. klasik je masuk lam rumah. semua barang lama. kipas pun kipas yg jenis lama. masuk2 je, dorang duk kecoh nk bergamba ngan imam muda. haha. peserta imam muda musim ke 2. hensem hoiiii. muka suci jer. tapi aku rilek2 je la. tak kan nk over2 lak kan. dah la tak kenal. kebetulan, ayah dia kawan baik mama. so, kita senyum2 je lah. haha. dah sampai petang..nak balik umah, confirm bosan. anta mama balik umah dulu, aku ngan adik aku lancar ke umah tok ayah. sampai2 je tak de orang. haihh. dah buntu nak gi mane, aku call apiq. kawan yang aku pnah cite kt blog ni dlu. nk gi beraya umah dia. nak jumpa cikgu kesayangan sampai mati aku. haha. maka, beraya lah aku rumah apiq smpai maghrib. lama dah kott tak pegi rumah dia.

gamba takde kaitan ngan cerita. my lil uwaiss. adik si aufa. mood rindu kt diorang. hoho.


malam raya ke-3, aku dalam bas dah nak balik klang. raya aku kat rumah dah habiss hoii. tengah sedap2 tido lam bas, tetiba bas accident kt benta near kuala lipis. alhamdulillah semua penumpang selamat.
kereta yang langgar bas tu hancur. orang nye aku tak tau lah macam mane. 3.30 pagi kott.. aku tak berani nk turun tengok. duk diam2 lam bas jer. dah accicent, sah2 lah aku pegi keje lambat. aku call boss aku cakap aku masuk after lunch sebab bas aku accident. padahal kul 9.30 pagi aku dah terpacak depan rumah. haha. penat kott. aku kena tido puas2 dulu. dah pegi keje lepas lunch. boss aku blanja plak kfc satu lab. dah blanja, bagi balik on time plak. balik awal laa aku. suruh rehat. sebab muka aku ghabakk gile dia cakap. hahaha.

dah. penat da aku taip.. tu saje lah cite raya. pehh. panjang gak aku taip ni ek. skang ni jarang boleh update. tak de masa. busy kott. aitchehh.

ok. sekian.

Taqabbal Allahu minna waminkum. Eid Mubarak everyone!!

p/s: gamba raya aku tak banyak. ade satu je lam laptop aku nih. tak bergambar sangat raya nih.

Monday, June 25, 2012

bukan untuk dibaca.

omg.omg. omg (dgn gedik). last update blog 18 march??? hoho. ni mmg catat rekod nih.. aih.. x reti nak bg salam dah budak ni..?



assalaamualaikum..



hai.hoi.hoi. sejak jadi org minyak ni, gua dah lupa cmne nk update blog. password pn ingat2 lupa. hari2 bergelumang dgn minyak je, otak pun tersumbat dh.tapi hari ni hari senin. sempat plak gua nk update bagai yer.. tak plak gua bergelumang dengan minyak, dengan chemicals?? owhh no no no.. hari ni gua cuti. berehat rehat di rumah. tapi esok kena kembali ke rutin harian gua sejak beberapa bulan lalu. blurghhh..



ape lagi yer nk taip.. aku kat rumah. (aku laa plak)duk sorang2 kat rumah. rumah kt kelantan. bukan kt port klang yaww.. kt klantan. berehat rehat sambil tgk bola. England vs Italy. bila punye plawanan pn aku x tau. highlightje kot nih..



heh. perut aku lapar sebenar nya. tp x tau nak makan apa. nk msk spagetti, tp malas laa plak. semalam dah spagetti.



ingat hari ni nak gi klinik gigi. tp bukak je mata, semua org xde. haihh. dari smalam lagi ni duk sakit gigi. aku dah nangis dah se round lam kete smlam. before kua rumah aku dah bantai pain killer adik sbijik. tp tahan kejap je kot. x smpai sejam, sakit balik. ape lg, tetiba aku senyap dalam kete, nangis sambil gigit tudung. sbb sakit kott.. nasib aku ngn mama je. aku tau mama nk gelak. haiihh. last2 benti kt farmasi tepi jalan. cari pain killer yg terbaekkk punya.. then, baru laa boleh makan nasi arab dengan bangga nya. cehhh.



aku ni taip ikut apa yg ade kt kpala aku je ni. takde niat nk taip panjang2 pn. takde niat nk cerita apa jadi lam beberapa bulan selama aku menyepi ni punn. yg tu lain kali laa.. tu pun kalau aku rajin nak cerita. tp skang ni tgh malas lagi. skang ni lam pale otak aku, aku lapar. tp takde ape2 tindakan nk p cari makanan ke ape.. sebab ape? MALAS..



takde mesej yg nk dsampaikan pun entri aku kali ni. eleh. cakap macam entri aku sbelom ni bermesej laa kan. saje je nk lepas gian menaip kt blog. bukan tulis. taip. heh.



ok dah. tu je lah.. sehingga berjumpa lagi di lain entri. kalau rajin laa. kalau ek. kalau.





ok. baii.



p/s: aku taktau x letak tajuk ape.

Sunday, March 18, 2012

quick update from bukit jalil.

assalaamualaikum..

hooohooo.. omaii.. rindu ngat nak update blog. tp waktu x mengizin kan. busy gile kot. duk tahan gian ni nk update panjang2. heh.

ok. its just a quick update from arena green bukit jalil yaww.. ptg ni dah kena balik port klang. esok kembali jadi org minyak. ceh.

sehingga berjumpa lagi. hoohhoo.

Tuesday, January 17, 2012

:D

I just wonder how many people never get the one they want, but end up with the one they are supposed to have...


p/s: bosan hoiii.

Sunday, January 15, 2012

to all my kesayangans.

assalaamualaikum..

okey.. the time to say good bye to friends and ump had come. dah 2 hari balik rumah. dah 2 hari terbongkang kebosanan kat rumah. what to do.. semua orang ade keje. aku je la yang tinggal tersengih sengih kat rumah.

hhmmm.. for sure aku akan rindukan student life aku. kua ngan all my kesayangans. the boys and the gegirls. they are all my kesayangans. gaduh, perang nak pecah ump pun, korang jugak lah tempat ketawa, tempat menangis. keluar reramai tengok wayang, karaoke, hiking, jogging, party, main game bodohh2 budak dajah 1 pun taknak main dah pun ngan korang lah, semua layan. incident 30 september pn ngan korang lah. the cekups?? hahaha. kenangan gile kot.




last day.lepak sama2.. (tak cukup. ade yg xde lam gamba)

haihhh.. banyak nye laa nak cakap. sebab dah banyaaaaakkk sangat yg kita semua wat sama2.. ape2 pun. thanx a lot everyone!! thanx for all the memories. nanti insyaAllah jumpa lagi..


we're the first batch of our faculty..

ok. dah. sehingga bertemu di lain entri.

bye. :)

Sunday, January 8, 2012

it still not the time to say good bye

assalaamualaikum..

hai. morning. gile awal aku bangun hari ni. tak penah2 bangun awal on weekend tetiba hari ni lepas subuh terus tak tido2. heh. yeah.. i'm not that good. may be sebab ni the last ahad aku kat univ ni. so, kena laa nikmati angin pagi ahad terakhir aku kt sini walaupun hanya golek2 kat katil ngadap laptop. cewahh. confident je cakap.

okey. dah lamaaa sangat tak bercerita kat sini. since dah banyak entri before this yang cetoet je aku post, yang ayat nye macam nak post tak nak post je.. so, hari ni kita bercerita lebih panjang bebeh. sebab mood ok. baiikkk punya.. hehe

bukan tak nak post. aku baru je habis satu tahap yang mana aku busy gile2 punya busy. sampai aku sakit2. got it? takde lah sakit sangat pun tapi kalau aku stat demam, selsema, batuk2 sejak 3 weeks ago before aku pnya final yr project presentation, tak ke lama nama nya tu. kejap baik, kejap tak. suara pun kejap ok, kejap lain. ni pun suara aku ala2 sengau tak sengau je ni. tapi better than before la. dah rasa sehat dah. fuuuuhhh.

owh ya. final year project presentation. alhamdulillah..walaupun aku kena hentam jugak on the presentation day but what to do kan.. dah memang lumrah la, orang akan cari jugak mana salah kita, mana silap kita. tambah2 panel kau tak paham apa yang kau buat sebab diorang tak expert dalam topic kau. jangan expect kalau panel kau x expert, tak tau pasal benda yg kau buat, dia tak banyak soalan nak tnya. dia lagi banyak tanya ada lah. siap kena hentam. tapi takde la teruk mana pun. setakat dia tanya, tanya, tanya.. dan aku tak boleh jawab dan senyum. tu je.

apa lagi ya.. final exam pun dah lepas. 3 papers straight okay. 3 hari berturut turut. jeng kejap otak. bagi manusia yang suka study last minute cam aku memang jeng la. the last paper on the final day tu, memang toksah cakap arr. seriously aku tak berapa boleh jawab. that's why aku keluar awal dari exam hall. malas dah nak pikir. hopefully, result takde teruk eh.


saje selit gamba. selain katil, ni la port paling best lam bilik aku. :)

and thesis dah siap jilid. selasa lepas lagi dah siap. alhamdulillah.. tapi simpan dulu, taknak hantar lagi. lek2 dulu. hari last hantar baru kita hantar. hoho. thanx to my SV, dr. chong yang sangat2 lah baik. yang tak pernah bagi pressure kat aku. yang tak pernah push aku suruh siap cepat2 ke, hentam sebab salah buat ke.. tak penah. aku plak yang stress sebab kena push diri sendiri. stress okey kalau kau jenis yang tak pernah nk rasa stress n serius sangat bila bab2 keje ni, tetiba kau kena push diri kau sendiri untuk buat your own project. tambah2 bila ada 2 weeks left and kau kena edit the whole report from the beginning. salah siapa? diri sendiri lah. kata suka keje last minit kan..

seriously tak pernah aku call mama mengadu aku stress ke ape. sekali pun tak pernah. but then, bila dah stress tahap dewa, the only person yang aku pikir is my MOM.. aku nangis gila2 cam.. cam ape ek nak cakap.. ah bia lah. yang penting aku lepas semua and lega. hoh. mama sendiri pun cakap kt kakak ipar aku, yang aku tak pernah camni sebelom ni. never. ni mmg stress gila2 la ni. mana aku tau? kak ipar aku yg cite balik kat aku. haha.


kikiki

huh. panjang betol entri kali ni. panjang ke? macam tak je.. ok. dah la. nanti kalau ada masa kita cerita2 lagi wokey.. sebab aku kena packing. my mom, bambey n kak ipar are on their way from KL nak singgah amik barang-barang aku. aku? next week lah balik. walaupun semua dah setel and hampir setel, it is still not the time to say good bye. nak habis kan masa bersama-sama kawan2 dan kesayangans dulu. nnti entah bila plak bleh jumpa. just let my stuffs dulu say good bye to UMP. hahaha.


ok. dah.

bye.

p/s: good luck to my friends yang akan present their project this coming wednesday. good luck guys!!

p/s/s: aku memang bermasalah bab2 letak tajuk entri ni.

Sunday, January 1, 2012

Pertama.

eh.

Dah tahun baru ek? Selamat lah ye.


ok. itu saja.

bye.


p/s: busygilanakmamposgilababipunyabusybabipuntakbusycamni.
nakmandipunrasacambuangmasagila.*konon*