Friday, August 31, 2012

kahkahkah. merdeka???

merdeka???


kah kah kah.


puiii.


ok. itu saja.




p/s: blog gua. gua punya suka! kasar tak? heh.

Sunday, August 26, 2012

cerita raya???

Assalaamualaikum..

hehe. hari ni bangun awal. dan tetiba saja punya mood nak update blog. tetiba saje. tetiba yer.. kalau tak de perasaan tetiba cam ni, maka blog ini akan bersawang lah entah sampai bile. heh.

sama seperti entri yang lepas,(eceh. seperti..) aku pun tak tau nak tulis pasal ape. sebab skang ni raya kan.. aku nak cakap pasal raya lah. raya aku tak de lah meriah macam orang lain. tapi bagi aku, ia dah cukup meriah dah untuk family kitorang. bersederhana je lah. tak de over2 nak tukar pagar baru. sofa baru, senang cite tukar semua baru lah. tak de. tak de. tak penah sekali pun. hehe

kuih raya pun bukak yang orang bagi je kott. sbb kuih raya yg ditempah dicuri. hahaha. penah sgr tak kuih raya kena curi. ada ok.. kawan makcik aku yg buat biskut raya untuk jual laa kan. dia buat banyaaakkk sangat. smpai x muat nk simpan dalam umah. maka berpuluh puluh kotak besar dia letak lua rumah. sekali amik kauuu. semua kotak kena curi.. maka.. takde lah biskut raya rumah aku. hahaha.

raya ke-2 cam biasa lah. gathering with family sebelah arwah ayah. semua sepupu sepapat, tok sedara, nenek sedara, sepupu jauh, dekat.. semua ade. setiap raya ke 2 mesti ade. wajib. ramaiii gile. walaupun ayah aku dah takde, nenek n tok wan aku dah takde. hubungan ngn sedara mara belah ayah tak kan putus. tak kan. dah 20 taun lebih kott wat cam ni. dan skang ni dah sampai ke generasi ke-5.. kire ah berapa ramai.. hoho.

ni gamba gathering 2 tahun lepas. masa arwah ayah ade lagi. gamba latest takde. hehe. ramai tak?? ramai tak??


petang lepak2 kat rumah je. tengan sedap2 tido, baju raya pun bertukar kepada baju t-shirt ngn seluar aladdin dah, datang plaaakk jiran sebelah datang beraya. jiran yang dapur dia sebelah bilik aku jer. dorang tumbuk sambal belacan pn dengar. nasib lah diorang jarang ade kat umah. Dato', Datin dan anak2 yang sangatt kelasssss kau mariaaa.. CEO kilang chemical ape ntah bapak nye. kawan sekelas n sekolah mama zaman muda2 dulu. mak bapak nye dah ok dah, rilekk je. datang tang anak, puiiii!! salam pun tak nak tengok muka. dah blahhh. setakat belajar taylors college dengan reta mak pak, tak payah nak belagak sangat lah hoiii. aku hidang teh o jer ngn biskut raya jer. makanan semua dah habis. rumah aku standard ah.. datang lah, dato', tan sri or whatsoever as u call them berpangkat, teh o je aku angkat. titik. haha.


with lil aufa. on raya ke-2.. hehe. aufa pakai ariani ok.. chachah pakai tudung bawal 10hengget jek..



raya ke-3, biasa2 saje. lepak rumah dan pegi ke rumah orang yang membuka rumah. haha. open house. rumah kawan mama, rumah sedara. tang umah sedara tu yg best. rumah kampung. klasik je masuk lam rumah. semua barang lama. kipas pun kipas yg jenis lama. masuk2 je, dorang duk kecoh nk bergamba ngan imam muda. haha. peserta imam muda musim ke 2. hensem hoiiii. muka suci jer. tapi aku rilek2 je la. tak kan nk over2 lak kan. dah la tak kenal. kebetulan, ayah dia kawan baik mama. so, kita senyum2 je lah. haha. dah sampai petang..nak balik umah, confirm bosan. anta mama balik umah dulu, aku ngan adik aku lancar ke umah tok ayah. sampai2 je tak de orang. haihh. dah buntu nak gi mane, aku call apiq. kawan yang aku pnah cite kt blog ni dlu. nk gi beraya umah dia. nak jumpa cikgu kesayangan sampai mati aku. haha. maka, beraya lah aku rumah apiq smpai maghrib. lama dah kott tak pegi rumah dia.

gamba takde kaitan ngan cerita. my lil uwaiss. adik si aufa. mood rindu kt diorang. hoho.


malam raya ke-3, aku dalam bas dah nak balik klang. raya aku kat rumah dah habiss hoii. tengah sedap2 tido lam bas, tetiba bas accident kt benta near kuala lipis. alhamdulillah semua penumpang selamat.
kereta yang langgar bas tu hancur. orang nye aku tak tau lah macam mane. 3.30 pagi kott.. aku tak berani nk turun tengok. duk diam2 lam bas jer. dah accicent, sah2 lah aku pegi keje lambat. aku call boss aku cakap aku masuk after lunch sebab bas aku accident. padahal kul 9.30 pagi aku dah terpacak depan rumah. haha. penat kott. aku kena tido puas2 dulu. dah pegi keje lepas lunch. boss aku blanja plak kfc satu lab. dah blanja, bagi balik on time plak. balik awal laa aku. suruh rehat. sebab muka aku ghabakk gile dia cakap. hahaha.

dah. penat da aku taip.. tu saje lah cite raya. pehh. panjang gak aku taip ni ek. skang ni jarang boleh update. tak de masa. busy kott. aitchehh.

ok. sekian.

Taqabbal Allahu minna waminkum. Eid Mubarak everyone!!

p/s: gamba raya aku tak banyak. ade satu je lam laptop aku nih. tak bergambar sangat raya nih.