Monday, February 11, 2013

tiba-tiba III

Assalamualaikum..

hai.. kat sape aku nak hai pun tak tau lah. baru teringat, ade blog rupanya aku nih.. heh. busy baq hanggg serta malas nk meng update. sudah kekeringan idea. eceh. macam lah sebelom ni ade benda berfaedah yang di kongsi. nan hado!!

mau cerita apakah? jawapan nya tidak tahu. mau bercerita tentang jalan pergi balik kerja yang rupa nya cam ape entah, aku pun tak reti nak describe. bak kata orang, kalau nak beli kereta baru, TAK PAYAHHH!! jalan lobang tahap boleh lepas benih ikan keli buat kolam.. kau tunggu lah sampai kau dapat keje area lain, baru kau boleh beli kete baru dengan senang hati. selagi tinggal di bumi treler kontena ni, sila pikir baik buruk. hahah.




cerita apa lagi? owh. cerita kebizian yang melanda diri sepanjang bulan 1 sampaikan cuti CNY pon telah diabaikan. maka, tidak lah aku ni pulang ke kampung dengan gembira. tidak! sebab aku lupa ade banyak cuti rupanya bulan 2 nih. bila dah masuk bulan 2 baru ingat, haram lah bagi aku untuk mendapat kan tiket pulang. selalu nya aku berlagak, konon pulang dengan menaiki belon. tapi tiket belon pun dah makan suku gaji, tidak lah gamak nya. mau pulang dengan kereta, bukan aku tak percaya diri aku nk drive jauh2, tapi aku tak percaya dengan kebolehan kereta aku nk berjalan jauh. hah. musim perayaan pulak, memang hilang terus lah kepercayaan terhadap kereta sendiri. haha.





dan apa lagi ya.. cerita dapat durian runtuh pada bulan 1 gembira loncat2 tak ingat dunia gi shopping. tak ade dah yang konon nya nk simpan untuk masa hadapan. tak ade! maka bila durian sudah pun menjadi durian crepe, masuk dalam perut dan keluar balik tidak berapa kemudian selepas di digest dan di proses dlm perut, menangis lah di hujung bulan 2. untung juga busy keje dari pagi sampai ke malam, dan ada ketika dari pagi ke malam, dari malam ke pagi. boleh lah cover balik durian yg telah jadi taik tadi. haha.












dah. malas dah nk menaip nya. post kali ini sangat random. sangat. jangan dipersoal tentang gambar. itu tanda nya aku sangat random hari ni dan sebab aku dah malas nk taip dan sebab aku rindu. ok. aku blah sekarang.


sekian.