Thursday, November 20, 2014

hidup iii

Assalaamualaikum..

yaaa.. baru muncul. alah macam tak biasa. update 6bulan sekali. anggap je lah hari ni hari terpilih nak tulis. ceh.

walaupun 6bulan ingat aku ade benda ke nak cerita? takde. saja mengisi masa lapang yang tak berapa lapang sangat.

ok. dah. sebab memang tak de apa nak cerita pun. nak cerita pasal pelajaran memang tak arr kalau kat sini.

itu saja lah. dan oh ya.. hidup ni kena banyak sabar. banyaaaaakkkk kan sabar. ye. sabar. dan doa. itu penting.

ok. bai.

Tuesday, May 6, 2014

hidup ii

assalaamualaikum..

haii..
bersua kembali dalam post baru. hah. tiap2 kali bukak blog mesti tak tau nak tulis ape. tak macam dulu. kalau tengok post2 yang dulu banyak je benda nak cakap, banyak je benda nak taip. sekarang? hampehhh..

ni pun sambil-sambil run calculations kat lab, sambil2 godek2 blog yang dah jarang2 aku jenguk. well.. orang kata busy. busy sangat. busy dengan apa pun aku tak tau. kadang kadang balik dari lab, penat nya melampau lampau. pukul 9 dah menguap ngantuk. kalau dipikirkan balik, dekat lab aku duduk jer.. duduuuukkk je sepanjang hari ngadap pc. yess kerja aku sekarang ngadap pc. most of my time adalah depan pc. agak2 rasa bosan, aku keluar makan ais krim dekat restoran Subaidah. tak pun jalan2 gi cucuk duit kat ATM konon 2 ade duit banyak. macam banyakkk je duit nya.. paling best, aku gi tido kat surau boleh sejam. apa kau ingat best ke ngadap pc hari2?

kalau boleh hari2 aku nak menyesal amik course ni. kenapa aku tak amik master dalam bussiness je? kenapa aku nak amik benda susah kena pikir tahap pecah kepala ni? kenapa? kenapa? kadang2 je lah i questioned myself with all kind nonsense questions.

pas tu kadang2 aku yang calm kan diri aku sendiri, setiap benda dah ditentukan. yess. takdir. ada hikmah semua yang jadi kan? kalau kau tak mampu, Tuhan takkan uji kau camni. ape2 ujian pun lah, mesti kau mampu.

that is why aku redah je sekarang. selagi tak redah, kau tak tau kemampuan kau. tak pe. ALLAH ada. DIA memang sentiasa ADA.

Ok. dah habis. tu je.

wassalam..

Saturday, April 19, 2014

hidup

Assalaamualaikum..

aku tak tau nak taip ape. tapi nak taip.
yang aku tau, nanti akan menyusul lagi post2 yang marapu kat blog ni.
tapi tak tau bila.

sekarang dah start busy..
yeap. busy as student. nak cari aku?
cari kat USM.. tak pernah mimpi pun nak masuk USM.
masa nk apply untuk degree dulu, USM xde dalam list pun.
tapi kenapa untuk master aku pilih USM?
aku pun tak tau.

orang kate amik master senang.
meh sini sapa yang cakap senang untuk course cm aku,
aku nak luku kepala dia. senang B****T LU!!

ape2 pun hidup perlu diterus kan.
aku kena hadap semua ni.
bak kata lab mate aku, REDAH je!


time degree dulu ko main redah je amik course ape pun..
boleh je kau hadap. boleh je naik pentas amik ko pnya degree..
yang ni tak kan tak boleh?? kan..???

ok. itu sahaja.

semoga berjaya aisyah! heh.

Tuesday, February 25, 2014

after a year!

Assalaamualaikum..

hye..

hai..
hai..

heh. lama nye tak bukak blog. lama gila.. lama gila la.. setahun lebih sikit.
so many things happened dlm setahun ni. baru je post before ni aku cakap pasal keje.

heyyyy.. i was a CHEMIST! WAS okayy.. WAS.. benda dah lepas. past tense!
macam best je dengar kan.. chemist.. bila orang tnya sebelom ni, keje ape? and aku jawab chemist...
orang mesti WOAAAAA.. certain orang je la. tapi best ke keje chemist ni? ade part yang best, ade yang tak best nye.. masing2 punya pendapat laa kan. semua keje dlm dunia pun camtu.

so, aku dah keje, dah berenti. skang ni aku buat ape?

buat laa ape yang aku boleh buat. decision yang aku amik hari ni adalah untuk masa depan aku jugak kan.
bukan semua benda aku buat aku tak pikir masa depan. aku pikir okayyy..

and now, aku kembali ke student life! okayy itu je.

wish me luck!

untuk keje kawen ke ape, tunggu dan lihat je lah. aku berserah 100% pada ALLAH S.W.T..
kalau dah tentu sampai jodoh aku nanti, nikah laa aku.

tak perlu nak tanya2 bila aku nak kawen. umo dah banyak, nak belajar lagi. nanti lambat kawen baru tau. orang tak berani nak masuk minang baru tau.. masalah nya dol, aku belajar ke tak, aku menyusahkan hidup kau ke? aku kawen ke tak, aku menyusah kan hidup kau ke? dan umor berapa aku kawen dalam tangan kau ke? haa...

kau tu, apsal tak kawen2? haaa.. setepek dah kena kan.?

okayy.. itu je.. chill aje.

post hnya sekadar untuk warming up. heh.